Rumah Ezlynn ‘dirompak’ suami, jeriji pintu ‘hilang’
KUALA LUMPUR, 16 Okt ― Jeriji pintu rumah penyanyi Ezlynn “hilang” dengan kesan dicabut selepas mangga ditukar bagi mengelakkan suaminya “menceroboh”.
Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye yang “bengang” kerana mendakwa beberapa barangannya hilang sebelum ini akibat perbuatan suaminya dan mendorongnya menukar mangga jeriji pintu.
Ezlynn, 38, nama sebenar Azline Ariffin menuduh Adam Fahmi Shamsudin empat kali memasuki rumahnya, terakhir hujung minggu lalu.
“Hanya di bahagian pintu rumah sahaja dia ada kunci pendua,” katanya seperti dilapor Utusan Online.
Beliau turut memuat naik foto menunjukkan pagar rumahnya “hilang” di akaun Instagramnya.
“Tidak ku halalkan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau ambil,” katanya yang menyifatkan suaminya manusia paling “jahat”.
Beliau ada membuat laporan polis tetapi tiada tindakan berikutan status rumah itu pemilik bersama.
Sumber Rumah Ezlynn ‘dirompak’ suami, jeriji pintu ‘hilang’
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gImSU2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment