Hi! Welcome Back and Stay Tune! MASIH INGAT CIKGU SHIDA YANG POPULAR DENGAN VIDEO MIMING DULU? DIA KEMBALI LAGI DENGAN VIDEO TERBARU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MASIH INGAT CIKGU SHIDA YANG POPULAR DENGAN VIDEO MIMING DULU? DIA KEMBALI LAGI DENGAN VIDEO TERBARU

MASIH INGAT CIKGU SHIDA YANG POPULAR DENGAN VIDEO MIMING DULU? DIA KEMBALI LAGI DENGAN VIDEO TERBARU. Sapa ingat cikgu shida yang pernah jadi fenomena dengan video miming dia dulu? Ala.. seorang cikgu sekolah rendah yang banyak buat video miming yang kadang2 macam annoying juga tu. Masa dia tengah popular pernah di tawarkan berlakon dalam satu telefilem tapi satu tu je drama dia berlakon. Nampak cikgu shida walau pandai berlakon dalam video2 miming dia tapi bila di beri peluang berlakon depan camera agak kaku jugak.

Tadi secara tak sengaja ternampak posting cikgu shida share video terbaru dia.. Ingat ada la video miming terbaru ke hapa rupanya cikgu shida dah berubah konsep. Dia mula buat video masakan. Channel youtube dia tak silap CIKGU SHIDA in the kitchen. Yang saya tengok tadi video dia memasak gulai taucu ke hapa..

Ni video terbaru cikgu shida masak gulai tauchu opah katanya. Adik adik yang nak belajar masak boleh tengok

Wah cikgu shida lepas ni jadi selebriti chef media sosial la pulak kan? Sapa kata I haters cikgu shida.. I sayang tau cikgu shida sebab tu I suka bagi cikgu shida publisiti kat blog ni. hehehehee

Walaupun dulu cikgu shida kata dia tak suka memasak & buat kerja rumah.. Semua mak dia yang buatkan tapi tu la manusia boleh berubah. See.. cikgu shida sekarang dah suka masak ok! Tapi tak sure cikgu shida masih bujang ke atau dah berpunya. Nanti den try beramah mesra dengan cikgu shida. Kalau solo lagi.. Boleh la abang2 masuk jarum. Manatau berjodoh ke kan. hehehehe

Apapun semoga cikgu shida berjaya dengan konsep baru video yang di hasilkan. Moga jadi viral macam dulu yer sebab saya rasa konsep baru ni lebih sesuai la dengan imej & usia cikgu shida. Kalau dulu serius rasa annoying tapi untuk video memasak ni, Sesuatu yang baik so boleh je kita support.

Jadi kalau korang nak tengok video terbaru cikgu shida kat dapur boleh search kat youtube CIKGU SHIDA in the kitchen yer. Ada juga video education yang maybe sesuai untuk kanak kanak.

Apapun cikgu shida.. Welcome back. Hope selepas ni video2 cikgu shida bukan berunsur hiburan yang sangat tidak sesuai dengan imej & kerjaya cikgu tapi lebih berilmiah. Insya Allah yang baik kita support. Simple!!

✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xV4zpg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.