Hi! Welcome Back and Stay Tune! Titikberatkan kepimpinan integriti dalam diri graduan - Sultan Nazrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Titikberatkan kepimpinan integriti dalam diri graduan - Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah mengingatkan graduan supaya sentiasa menitikberatkan integriti dan kepimpinan berintegriti ketika melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Titah baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM), memiliki integriti yang tinggi adalah sebahagian daripada sifat ilmuwan selain aspek melahirkan insan berilmu amat penting dijadikan gagasan universiti.

Titah baginda, Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi menjelang tahun 2020.

"Perlu difahami perbezaan antara insan berpelajaran dengan insan berpendidikan dan antara insan berpengetahuan dengan insan berilmu.

"Insan berpelajaran mungkin menguasai pelbagai pengetahuan tetapi tidak merasa bersalah memanipulasikan pengetahuan untuk kepentingan diri, meski mengakibatkan kesengsaraan kepada insan lain dan kehidupan alam; sementara insan berpendidikan adalah insan berilmu yang dilengkapi komponen roh, lalu menyedari akan etika dan batas yang wajib dihormati.

"Integriti bersumberkan kekuatan dalaman; kekuatan yang bersumberkan keimanan; kekuatan dalaman yang menuntut kepada kesanggupan menghadapi risiko dan kesanggupan melakukan pengorbanan," titah baginda semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali ke 57 di sini hari ini.

Istiadat Konvokesyen kali ini sekali lagi memasyhurkan Tan Sri Siti Norma Yaakob, sebagai Pro Canselor untuk tempoh lima tahun.

Ranking dunia Universiti Malaya kini berjaya dilonjakkan, dari tangga 133 pada tahun 2016 ke tangga 114 di dalam QS World University Rankings 2017.

Titah baginda, reputasi universiti akan berada di tahap tinggi, jika berjaya mendidik, mengasuh, membimbing dan menghasilkan graduan yang berintegriti.

"Universiti Malaya wajib berada di barisan hadapan menjaguh agenda integriti.

"Sebagai pusat perkembangan ilmu dan tamadun yang bertanggungjawab melahirkan cerdik pandai, Universiti Malaya mempunyai tanggungjawab besar untuk menyemai nilai integriti dalam usaha melahirkan graduan terbaik.

"Universiti Malaya telah memasukkan di dalam kurikulum, elemen-elemen untuk membentuk graduan yang memiliki daya kepimpinan berwibawa, graduan yang mempraktikkan budaya kerja cemerlang, graduan yang mempunyai jati diri tinggi serta graduan yang menghayati agama secara mendalam," titah baginda.

Titah baginda, para graduan harus bersedia menghadapi realiti dunia yang kian mencabar, bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan ketersediaan fizikal.

"Ia untuk memenuhi keperluan pasaran kerja, malahan graduan wajib melengkapkan diri dengan akhlak dan budi yang menjadi teras pembinaan roh.

"Integrasi antara akal dan jiwa perlu selari, dibina secara bersama, kerana tidak  mungkin modal insan yang cemerlang, tinggi inteleknya, mantap spiritualnya, dapat dilahirkan, jika salah satu elemen ini dipinggirkan," titah baginda.

Konvokesyen ke-57 Universiti Malaya akan mengurniakan ijazah kepada 4,868 graduan; 646 akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 1,795 Ijazah Sarjana dan 2,427 Ijazah Sarjana Muda.

Konvokesyen kali ini turut mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Tan Sri Dr Lee Shin Cheng, dan Ijazah Kehormat Doktor Kemanusiaan kepada Dr Anthony Crothers Milner, serta gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr Zainal Kling dan Dr Lin Hai Peng.

Pada majlis sama Sultan Nazrin turut berkenan menyempurnakan pelancaran buku Kompilasi Titah Istiadat Konvokesyen Canselor Ketiga Universiti Malaya.



Sumber Titikberatkan kepimpinan integriti dalam diri graduan - Sultan Nazrin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gyCj4q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.