Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peruntukan institusi tahfiz mengikut data murid - Jakim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peruntukan institusi tahfiz mengikut data murid - Jakim

KUALA LUMPUR: Jumlah peruntukan kepada institusi pengajian tahfiz adalah berbeza berdasarkan data bilangan murid yang diberikan kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata sebanyak 571 buah institusi tahfiz berdaftar di seluruh negara layak menerima bantuan berkenaan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 34 buah institusi tahfiz berdaftar di Kelantan telah menerima bantuan baru-baru ini dan jumlahnya berbeza antara institusi mengikut data bilangan murid," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini bahawa 12 pengetua tahfiz di Kelantan melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap peruntukan yang diberikan oleh kerajaan terhadap 28 institusi pengajian tahfiz baru-baru ini.

Menurut laporan itu, Pemangku Presiden Sekolah-Sekolah Tahfiz Malaysia (Permata) Ya'akob Wan Harun berkata 12 pusat tahfiz itu masing-masing hanya menerima RM15,000 manakala 16 pusat tahfiz lagi masing-masing menerima RM100,000.

Ya'akob berkata pengagihan peruntukan itu juga disifatkan sebagai tidak adil serta telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengetua kerana mereka telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebelum ini.

-- BERNAMA



Sumber Peruntukan institusi tahfiz mengikut data murid - Jakim

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yyPIAh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.