Hi! Welcome Back and Stay Tune! 70% wanita salah pilih coli: “Wanita perlu memakai coli bersesuaian dengan saiz payudara” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

70% wanita salah pilih coli: “Wanita perlu memakai coli bersesuaian dengan saiz payudara”

Lebih 70 peratus wanita Asia salah memakai coli yang sesuai dan selesa mengikut saiz payudara sehingga memberi kesan buruk pada tubuh serta kesihatan

Pemilihan saiz coli salah dan dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payudara.

Pengarah Komersial Triumph Malaysia dan Singapura, Sheryl Wong, berkata pentingnya mengenakan coli bersesuaian dapat mengelak payudara mengalami proses penuaan pra matang.

Katanya, pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah sakit belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan.

“Di sini pentingnya pemakaian coli dan sesuai dengan saiz payudara bagi membantu memberikan ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta menarik.

“Wanita perlu memakai coli bersesuaian dengan saiz payudara bagi menguatkan sokongan, meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik,” katanya selepas majlis pelancaran bilik persalinan mudah alih “Mencari yang Satu” pertama, di negara ini, di sini.

Wong berkata, setiap kali ingin membeli coli baharu wanita tidak seharusnya bergantung kepada ukuran lama, sebaliknya perlu mengukur lagi bagi memastikan keselesaan dan payudara bernafas.

“Terdapat garis panduan pemilihan coli yang sesuai dan terbaik, selain saiz menjadi faktor utama, lebar, panjang dan kedudukan payudara juga diambil kira.

“Kepelbagaian coli menawarkan keselesaan dan menyokong setiap kategori bentuk payudara, selain rutin aktiviti dijalani wanita setiap hari,” katanya.

Ada beberapa teknik mengesan kesalahan dalam pemilihan atau pemakaian coli, antaranya tali coli mudah terlondeh dan pemakaian memberi bekas sepanjang pemakaian.

“Ketatkan tali untuk sesuaikan bentuk tubuh. Jika masih kendur mungkin keanjalan tali sudah berkurangan dan perlu ditukar baharu untuk menyokong payudara.

“Jika coli memberi kesan ketika dipakai atau menampakkan lebihan kulit ia menunjukkan salah pilih dan tidak menepati bentuk badan atau payudara,” katanya.

Katanya, Triumph Malaysia menyasarkan membantu 3.5 juta wanita dengan mengetengahkan bilik persalinan mudah alih bertemakan ‘Mencari yang Satu’ bagi menghidupkan semula pengalaman mencuba pakaian dalam untuk semua wanita.

“Bilik mudah alih pertama direka untuk memberikan pengalaman unik untuk wanita di seluruh negara.

“Pada dasarnya, cetusan idea ini memberi peluang kepada wanita untuk mendapatkan ketepatan pemakaian coli dan pakaian dalam dengan mudah dan unik.

Bilik persalinan mudah alih itu akan memulakan perjalanan pada bulan ini dalam usaha memastikan setiap wanita mendapat kesesuaian sempurna dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Singapura.

“Triumph bekerjasama dengan rakan niaga utama dan pusat membeli-belah untuk aktiviti memilih coli bersesuaian, khidmat nasihat dan tingkatkan kesedaran berkaitannya.

 

Sumber: BH Online



Sumber 70% wanita salah pilih coli: “Wanita perlu memakai coli bersesuaian dengan saiz payudara”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yEI5HM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.