“Jangan jual insuran seperti binatang !” – Doktor Pakar
Tak salah sebenarnya mencari rezeki tapi carilah rezeki dengan cara yang halal tanpa memburuk2kan orang lain. Anda mahu menjual insurans itu bagus. Kami juga suka pesakit ambil insurans dan mendapatkan rawatan di hospital swasta. Sekurang2nya ia mengurangkan beban pesakit di hospital kerajaan yang sentiasa sesak dan dapat digunakan perkhidmatan ini oleh pesakit miskin yang tidak mampu membeli insurans.
Tetapi demi menjual insurans, anda memburukkkan perkhidmatan hospital kerajaan adalah tidak patut dan sangat tidak beretika sama sekali. Saya kira mana2 syarikat insurans juga tidak akan membenarkan agen mereka memburukkan hospital kerajaan sedemikian.
Apatah lagi menyamakan layanan hospital kerajaan kepada pesakit lebih teruk dari binatang. Ini adalah tuduhan keji yang langsung tidak berasas yang saya kira bermotifkan ketamakan mencari wang.
Seorang kanak2 malang yang mengalami kelecuran hampir 75% dari tubuhnya telah dirawat di Burn Unit HKL selama 20 hari. Dan kononnya rawatan yang diberikan adalah tidak berperikemanusiaan dan kuno (standard 90an).
Sekadar makluman kepada semua, HKL mempunyai Burn Unit yang paling moden dan terbaik di negara ini. Ia menjadi pusat melatih Pakar2 Plastik dan Rekonstruktif Surgery dan mahaguru2 bidang ini bermastautin di sini.
Begitu juga (Unit Penjagaan Luka) Wound Care Unit yang terbaik di negara ini juga berpusat di HKL.
Mengatakan bahawa rawatan yang diberikan adalah kuno adalah merupakan satu dakwaan yang akan hanya ditertawakan oleh para pengamal perubatan seluruh negara ini yang pastu mengetahui hakikat perkara ini.
HKL menerima rujukan bagi kes2 complicated yang gagal dirawat di hospital swasta kerana mereka tahu kehebatan HKL dalam merawat pesakit2 ini. Ini berlaku hampir saban hari dan kami menerima kes tanpa banyak soal kerana ke mana lagi pesakit hendak pergi setelah hospital swasta mencuci tangan mereka?
Kanak2 yang ingin dilakukan dressing semestinya tidak akan sesekali dilakukan secara hidup2 seperti yang didakwa. Dakwaan itu tidak masuk akal langsung. Sudah pasti dressing akan dilakukan dengan pesakit diberikan sedation dan pain killer sekurang2nya. Kenapa pula kanak2 ini mesti menerima rawatan tidak mengikut standard seperti didakwa. Ingat kami Junta Myanmar yang menzalimi Rohingya ka?
Tak baik mencari rezeki dengan cara ini. Saya minta company insurans tempat individu ini bekerja mengambil tindakan terhadap beliau kerana bukan saja memburukkan imej sebuah hospital kerajaan malah juga memburukkan imej syarikat insurans itu sendiri.
Bukan apa….Menipu tidak patut dijadikan sebagai cara mencari rezeki. Orang ramai patut berhati2 dan menjauhi agen2 seperti ini.
Perbuatan agen2 seperti inilah yang menyebabkan perkhidmatan kesihatan hospital kerajaan sentiasa dipandang rendah sedangkan ia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara yang terbaik di dunia.
Kredit :
– Abdul Rahman Abdul Kadir
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xcT7kh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment