Tauke jubah abang sado bergelar Datuk ditahan polis didakwa kaki auta?
KISAH usahawan jubah ini pernah tular di media sosial suatu masa dulu apabila beliau mendakwa mampu capai sales sebanyak RM2 juta dalam tiga hari hasil jualan pakaian lelaki berkenaan.
Apa uniknya, jubah tersebut dikatakan hanya sesuai untuk lelaki bertubuh sado sekali gus mengundang kritikan ramai yang tidak berpuas hati dengan reka bentuk pakaian tersebut.
Bagaimanapun, kali ini usahawan tersebut sekali lagi menjadi bahan bualan panas apabila sebuah laman Facebook mendakwa beliau telah ditahan kononnya kerana seorang ‘kaki auta’.
Menurut akaun dikenali dengan nama, Pseudoscience Watch, lelaki itu yang juga murid kesayangan kepada seorang penceramah motivasi terkenal negara didakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun, admin laman sosial tersebut dilihat tidak pula mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai masa dan lokasi kejadian penahanan tersebut berlaku.
Susulan itu, perkara berkenaan secara tidak langsung telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang terus-menerus mempersoalkan kenapa usahawan tersebut dicekup polis
Setakat ini, kesahihan mengenai berita berkenaan masih lagi tidak dapat dipastikan dan mungkin akan dilaporkan sekiranya ia adalah benar.
Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM
Sumber Tauke jubah abang sado bergelar Datuk ditahan polis didakwa kaki auta?
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xUNCq7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment