Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Maut, 10 Masih Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Tanjung Bungah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Maut, 10 Masih Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Tanjung Bungah


GEORGE TOWN: Tiga maut, seorang cedera manakala 10 lagi dipercayai masih tertimbus di dalam runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini hari ini.

Dua daripada mayat itu ditemui di bahagian luar runtuhan itu dan berjaya dikeluarkan manakala pihak penyelamat masih berusaha mengeluarkan satu lagi mayat yang telah ditemui.

Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

"Dua mayat warga Indonesia ditemui pada pukul 10 pagi," kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar.

Identiti kesemua mangsa bagaimanapun belum dipastikan.

Setakat pukul 2 petang ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus masih dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor pada pukul 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa dipercayai tertimbus di bawah runtuhan itu.

Mereka terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain terdiri daripada rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh, kata Saadon.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan tiga zon pada keluasan 15 meter persegi dan pihaknya menjangkakan operasai mencari dan menyelamat akan mengambil masa memandangkan kesemua mangsa dipercayai tertimbus agak dalam dengan tanah liat dan kemungkinan berlaku runtuhan lain.

"Kecerunan kawasan tanah runtuh 35 meter dan keadaan itu agak menyukarkan kerja-kerja menggali tanah...ada setengah tempat dianggap tak selamat," katanya.

Saadon berkata ketika kejadian kesemua mangsa yang tertimbus itu menjalankan kerja di bahagian bawah tanah (basement) bangunan yang sedang dibina itu.

"Yang runtuh adalah bahagian basement...mereka baru buat bahagian basement," katanya.

Sementara itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata pihak MBPP telah mengeluarkan arahan henti kerja bagi projek itu.

"Kami tunggu laporan daripada jurutera untuk mengetahui punca sebenar kejadian," katanya di lokasi kejadian. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xc9RYU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.