Lepas Lahir Anak, Amyra Rosli Dapat Hadiah Kereta!
Kredit foto: Instagram Amyra Rosli
Memang bertuah badan aktres jelita Amyra Rosli memiliki suami, aktor Amar Baharin yang bukan sahaja penyayang, malah pemurah!
Ini dibuktikan dengan pemberian istimewa berupa sebuah kereta sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan Amyra melahirkan putera sulung mereka.
Menerusi laman Instagram, aktres itu tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya selepas menerima hadiah tersebut.
"Kehadapan Papa... Anda adalah seorang insan yang paling baik yang pernah kami jumpa. Kami sangat bertuah mendapat seseorang seperti anda dalam hidup kami.
"Terima kasih atas hadiah ini dan untuk semua perkara istimewa yang anda lakukan. Kami sayang awak @amarbaharin," tulis Amyra di Instagram.
Bersama ucapan 'sweet' itu, Amyra menyertakan foto tangannya dan bayi mereka menggenggam kunci kereta baru tersebut.
Kredit foto: Instagram Amyra Rosli
Terdahulu, pelakon drama Cinta Di Langit Cardiff itu melahirkan anak pertamanya di Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad.
Sehingga kini peminat masih menantikan pengumuman nama anak pasangan ini yang belum didedahkan kepada umum.
Amar dan Amyra melangsungkan pernikahan pada 11 November 2016 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yI9F7m
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment