“Anak Sakit, Tapi Suami Lebih Sayang Hobi Dia Dari Beli Susu Anak”
Gambar hiasan
Salam admin..mohon hide fb saya. saya dan suami dah berkahwin hampir 6 tahun dan dikurniakan 2 orang anak. Tiada isu orang ketiga. Isu yang sentiasa membuat saya makan hati adalah berkenaan duit. saya bekerja kerajaan dengan pendapatan bulanan rm5k.
Suami pula bekerja swasta dengan pendapatan bulanan lebih kurang rm2.5k (dapat lebih klu dia buat OT). Ye gaji saya lebih besar dari gaji suami. Selama berkahwin saya banyak menyara keluarga lebih2 lagi apabila kami telah dikurniakan anak. Sekarang anak sulung kami berumur 5 tahun dan anak bongsu 9 bln.
Belanja dapur, susu pampers anak, bayaran bulanan pre-school dan nursery, bil2 dan macam2 lagi saya yang tanggung. Gaji saya tiap2 bulan memang semua saya spend untuk sara keluarga. takde langsung spend untuk kepentingan atau kepuasan diri saya sendiri. tak pernah berabis duit untuk beli barang make up atau penjagaan diri.
Kasut kerja pun cuma sepasang dan saya akan pakai sampai betul2 ke akhir hayat kasut tu baru saya ganti lain. saya takde koleksi kasut/ handbag/ accesories macam kebanyakan wanita2 berkerjaya lain. saya tak kisah. sebab saya lebih fikirkan untuk sara family. saya tau suami saya tak mampu untuk tanggung semua tu sorang2.
Selagi saya boleh tolong saya akan tolong. Yang menjadi masalah sekarang suami seolah2 ambil kesempatan. Dia lebih pentingkan hobi daripada tunaikan tanggungjawab untuk menyara keluarga. untuk pengetahuan semua, suami saya aktif bermain airsoft (sukan perang). Bagi yang taktau boleh google.
Barang2 airsoft ni bukan murah. Senapang, pistol dan segala kelengkapan perang macam real. Harga memang mahal. Dan dia jugak collector barang2 camo original. Baju2 askar, kasut, bonnie dan segala macam lagi. Semua memang mahal. saya memang selalu makan hati sebab dia banyak berhabis duit untuk hobi dia.
Tapi bab nak tanggung keluarga selalu cakap takde duit. Dia lepaskan tanggungjawab tu pada saya sebab dia tau saya mampu dan saya tak pernah berkira. Saya tak kisah dan tak berkira kalau dia betul2 takde duit. Tapi masalahnya ada duit tapi spend untuk kepuasan dia sendiri. Sedangkan saya punya bercatu untuk beli keperluan diri saya sebab lebih pikirkan nak tolong dia sara family.
Kadang2 naik meradang bila dapat tau dia senyap2 beli barang airsoft/camo dia tu. Susu pampers anak habis ke apa dia tak pernah nak ambik peduli sebab dia tau saya akan beli. memang kadang2 kami gaduh besar pasal isu ni. Lepas gaduh dia beli la barang2 anak.
Lepas tu ulang lagi perangai yang sama. Nasihat saya pada suami2 kat luar tu, jangan ambik kesempatan bila isteri sanggup sama2 bantu sara keluarga. Tanggungjawab menyara keluarga tetap di bahu suami.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yGQXNj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment