Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPIM tak gentar dengan ancaman 9 Dragons, malah sedia pertaruh nyawa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPIM tak gentar dengan ancaman 9 Dragons, malah sedia pertaruh nyawa

PPIM tak gentar dengan ancaman 9 Dragons, malah sedia pertaruh nyawa

PPIM tak gentar dengan ancaman 9 Dragons, malah sedia pertaruh nyawa

“Kita tak gentar dengan ancaman, malah sedia pertaruh nyawa. Saya mohon doa dan sokongan masyarakat supaya beri kekuatan serta sokongan kepada pihak berkuasa,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Beliau turut berkata, pihaknya tidak akan berganjak dalam usaha membasmi sindiket perjudian haram yang bertapak di negara ini sejak sekian lamanya.

Menurutnya juga, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak gentar dengan ugutan  sindiket perjudian yang tergugat dengan pendedahan dibuat NGO itu

Jelasnya ini peluang terbaik buat rakyat Malaysia untuk melihat kegiatan perjudian haram dapat dihentikan secara besar-besaran.

“Dengan kesungguhan pihak berkuasa, saya yakin dan percaya kegiatan ini dapat dibasmi sepenuhnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPIM, semalam.

Mengulas sedikit mengenai  pendedahan 9 Dragons, Nadzim berkata, sindiket berkenaan telah mengadakan perjumpaan berikutan rasa tidak senang  terhadap campur tangan yang dibuat persatuannya terhadap urus niaga mereka.

“Saya dimaklumkan mesyuarat ini diadakan di Selangor dan Kuala Lumpur, yang dihadiri lima atau enam ketua kumpulan yang mengetuai sindiket berkenaan.

“Mereka adakan mesyuarat kerana rasakan periuk nasi terganggu dengan campur tangan PPIM terhadap bisnes mereka,” katanya.

Disamping itu, Nadzim turut mengakui dihubungi polis berhubung pendedahan aktiviti perjudian berkenaan sebelum ini.

“Insya-ALLAH, saya akan ke Bukit Aman minggu depan untuk memberikan keterangan,” tambahnya.

Sebelum ini, Nadzim  mendakwa, sindiket perjudian haram di Malaysia dikawal oleh  individu seramai sembilan orang dikenali sebagai 9 Dragons.

Beliau dakwa sistem itu telah lama diamal kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan mereka yang berada dalam agensi penguat kuasa ‘dibeli’ bagi melicinkan kerja kotor mereka.

Sumber: SK



Sumber PPIM tak gentar dengan ancaman 9 Dragons, malah sedia pertaruh nyawa

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yEicYB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.