Hi! Welcome Back and Stay Tune! Betul ke AR Badul sudah kahwin lagi satu? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Betul ke AR Badul sudah kahwin lagi satu?

KETIKA ramai netizen kecoh mengenai gosip jutawan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Vida mungkin kahwin selepas baru bercerai, tanpa dijangka seorang artis tanah air dilaporkan bernikah.

 

 

Betul ke AR Badul sudah kahwin lagi satu?

Betul ke AR Badul sudah kahwin lagi satu?

 

 

Berita gempar itu asalnya didedahkan secara tidak sengaja oleh aktor Ezany Nizarif setelah beliau memuat naik foto perkahwinan seorang pelakon veteran AR Badul menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya pada Sabtu.

Bagaimanapun tidak pula diketahui akan kesahihan berita perkahwinan tersebut sama ada betul atau sekadar lakonan sahaja malahan, Ezany kemudian didapati ‘memadam’ posting berkenaan selepas ia menjadi tular.

Namun ketika dihubungi sebuah portal berita tempatan, beliau menjelaskan bahawa foto berkenaan pada mulanya diperoleh menerusi aplikasi WhatsApp daripada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) beberapa hari lalu.

“Saya tidak pasti sebenarnya mengenai hal (perkahwinan AR Badul) tersebut. Gambar itu pun asalnya telah dikongsi oleh salah seorang daripada ahli jawatankuasa persatuan berkenaan dalam aplikasi berkenaan.

“Kemudian saya hanya berniat untuk mengucapkan tahniah dengan memuat naiknya di Facebook. Tiada niat lain, itu sahaja,” kata Ezany atau nama sebenarnya Mohd. Ezany Mohd. Nizariff kepada portal tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu foto AR Badul berswafoto dengan seorang wanita yang tidak dikenali tetapi kelihatan anggun ceria berpakaian pengantin yang tersebar menerusi laman sosial tempatan.

Menurut Ezany, 44, yang turut menjalankan perniagaan sendiri, beliau belum berkesempatan untuk bertanyakan secara peribadi kepada AR Badul kerana telefon bimbit pengarah tersebut kebetulan pula gagal dihubungi.

“Mungkin tengah berbulan madu agaknya,” katanya secara berseloroh. AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie dilahirkan di Singapura pada 2 November 1949 lalu namun kemudian dibesarkan di Johor.

Pernah berlakon dalam 64 judul filem dan drama selain menjadi pengarah untuk 11 buah filem, anak seniman allahyarham AR Tompel itu merupakan abang kepada pelakon Adlin Aman Ramlie dan Amran Tompel.

AR Badul mula aktif dalam bidang seni selepas menjadi juara Bakat TV 1975 anjuran Radio Televisyen Malaysia. Beliau sebelum itu pernah melakukan pelbagai kerja termasuk sebagai konduktor bas dengan gaji kecil.

Bapa kepada tujuh orang anak dan tujuh cucu ini, dilaporkan pernah berkahwin sebanyak tujuh kali dengan isteri yang terakhirnya, hanya mahu dikenali sebagai Maiza dikatakan mempunyai jarak perbezaan usia 31 tahun.

Sementara itu, menurut seorang lagi rakan artis, Isma Ismail yang dikatakan agak rapat dengan AR Badul selama ini, juga tidak ada jawapan kukuh terhadap persoalan misteri terhadap foto ‘panas’ tersebut.

Isma sebaliknya hanya berkata, pelakon veteran berusia 67 tahun itu turut berkongsi dengannya foto yang sama menerusi kiriman mesej WhatsApp namun tanpa diberikan sebarang penjelasan lebih lanjut.

“Dia ada menghantar gambar tersebut menerusi WhatsApp tetapi saya sendiri tidak tahu sama ada ia adalah adegan dalam lakonan atau AR Badul memang betul-betul sudah berkahwin lagi,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, usaha portal tersebut untuk menemu bual AR Badul tidak berhasil memandangkan dia terus mematikan telefon bimbit sebaik sahaja ditanya mengenai kesahihan foto terbabit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber: Mynewshub



Sumber Betul ke AR Badul sudah kahwin lagi satu?

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2l3DtWI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.