Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Main permainan di gajet, hukumnya haram' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Main permainan di gajet, hukumnya haram'

KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Shahul Hamid Seeni Muhammad mengeluarkan satu kenyataan di mana umat Islam dilarang menggunakan telefon atau gajet untuk bermain permainan seperti 'Snakes and Ladders', lapor mStar Online. 
Terdahulu, penceramah berkenaan dalam satu videonya yang viral  meminta umat Islam tidak mengunjungi salun rambut yang diusahakan oleh orang bukan Islam. 
Dalam video yang dimuat naik di laman YouTube, Shahul diminta memberi pandangan mengenai penggunaan iPad di kalangan kanak-kanak sehingga mereka leka dan tidak mahu membaca Al-Quran dan hadis. Menjawab persoalan itu, Shahul berkata, ia merupakan satu dosa dan tidak boleh dibiarkan berlaku. 

"Bermain permainan video, daripada apa yang saya faham adalah tidak dibenarkan. Hukumnya haram. Permainan dam, catur, Snake and Ladders, semua tak boleh," katanya.
Selain itu, Shahul turut melarang permainan pengumpulan aset seperti Saidina dan Monopoly serta permainan Solitaire yang terdapat pada setiap komputer kerana ia boleh menjurus ke arah perjudian.
Malah katanya, hukum bagi pelajar yang gemar menghabiskan masa bermain permainan tembak menembak di kafe siber juga adalah haram. 
"Tak ada ke jurutera yang bagus dan boleh membuat permainan yang lebih Islamik? Kalau ada permainan seperti ini, pemahaman terhadap Islam pasti dapat ditingkatkan," katanya. 
Video berkenaan yang dipercayai sudah lama dirakam telah dimuat naik ke laman Youtube oleh satu akaun bernama News Feed.


Sumber 'Main permainan di gajet, hukumnya haram'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gz8zEf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.