Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kontroversi Dengan Mona, Ini Harapan Erra Kepada Shahir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kontroversi Dengan Mona, Ini Harapan Erra Kepada Shahir

kontroversi dengan mona ini harapan erra kepada shahir

Kredit foto: New Straits Times & Facebook Mona Syamimi

Penyanyi Erra Fazira yakin kehadiran Shahir dalam Konsert Akhir AF Megastar amat dinantikan oleh para peminatnya.

Susulan itu, primadona itu mahu Shahir menguatkan semangatnya untuk melangsaikan perjuangan akhir dalam konsert kemuncak yang bakal berlangsung Ahad ini.

"Saya berharap dia tidak terlalu mengikut perasaan. Apa yang dihadapinya adalah perkara biasa dan menjadi asam garam dunia artis.

"Mungkin tampak senang untuk bercakap sedemikian kerana bukan kita yang mengalaminya. Namun, selepas berjuang sejak awal dalam pertandingan ini, hingga mara ke peringkat akhir, dia kenalah kuat semangat," kata Erra menurut laporan portal BH Online.

Erra menganggap penglibatan penyanyi berusia 29 tahun itu di peringkat akhir program berkenaan sebagai rezeki dan dalam masa yang sama, ada halangan serta dugaan yang perlu ditempuhinya.

"Saya percaya, ramai peminat yang sayangkan bakatnya. Ramai juga yang mahu melihat dia beraksi di pentas akhir pertandingan itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, Erra mendedahkan percubaannya untuk menghubungi Shahir petang semalam berjaya.

Dalam perbualan tersebut, Erra memberikan kata-kata semangat supaya pemuda itu meneruskan persaingan dalam rancangan realiti berkenaan.

Terdahulu, Shahir menerusi laman Instagram menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada AF Megastar kerana mendakwa telah disabotaj pihak tertentu berkaitan isu yang mengaitkan dirinya dengan pramugari bernama Mona Syamimi.

Sementara itu, Erra berkata, dia memandang positif musibah yang terjadi kerana pasti terkandung hikmah tersembunyi di sebaliknya.

"Dalam seribu kekalutan yang muncul, ada pengajaran yang boleh kita sama-sama belajar daripadanya. Kalau nak ambil yang negatif, maka negatif jadinya," ujarnya.

Sumber berita: BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gwQabe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.