Tanah runtuh: 2 maut, lebih 15 yang lain dikhuatiri tertimbus
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi Sabtu, lebih 15 buruh binaan yang sedang bekerja di lereng bukit di situ dipercayai tertimbus tanah runtuh yang menimpa mereka dari kecerunan kira-kira 10 meter.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jalan Perak, Ismail Mohd Zain, usaha menyelamat sedang giat dijalankan.
Seorang pekerja, Mohd Awal Jafra Alma berkata adiknya, Mohd Abdul Rahman, 18, yang baru bekerja di tapak pembinaan itu, dipercayai masih tertimbus.
"Kawan bagitau dalam pukul 8 lebih...saya tak tau adik hidup ke mati...saya akan tunggu sini nak tengok sendiri keadaan adik," katanya.
Kejadian itu, katanya, belum dimaklumkan kepada ibu bapanya yang kini berada di hospital di Bangladesh.
Seorang lagi pekerja Mohd Bachu, 30, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit selepas dia masuk kerja.
"Masa tu saya diarah ambil besi di bahagian atas dan toleh-toleh nampak tanah dah runtuh begitu pantas...rakan-rakan yang lain tak sempat selamatkan diri," katanya sambil memberitahu seorang saudaranya Nur Alam, 30, dipercayai masih terperangkap.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL
Sumber Tanah runtuh: 2 maut, lebih 15 yang lain dikhuatiri tertimbus
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ywH8Sv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment