Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat ke-4 dikeluarkan dari tanah runtuh Tanjung Bungah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat ke-4 dikeluarkan dari tanah runtuh Tanjung Bungah

Pihak berkuasa belum mengesahkan identiti mangsa ke-4 itu.

tanah-runtuh-bomba-penyelamat-penang-malaysiaGEORGE TOWN: Anggota penyelamat mengeluarkan satu lagi mayat dari tapak pembinaan di Tanjung Bungah yang dilanda tanah runtuh pagi tadi.

Bomba Pulau Pinang berkata mayat ke-4 itu mayat seorang lelaki tetapi identitinya belum disahkan.

Awal hari ini, pihak berkuasa mengenalpasti 3 mayat yang dikeluarkan sebagai mayat warga Bangladesh yang bekerja di projek kondominium itu.

Pegawai penyelamat juga mengesahkan seramai 14 mangsa tertanam hidup-hidup dalam runtuhan tanah itu. Hanya seorang daripada mangsa berkenaan orang tempatan, sementara 13 yang lain warga Indonesia, Bangladesh dan Rohingya.

Laporan sebelum ini yang mengatakan 2 orang diselamatkan tidak tepat kerana sumber di tempat kejadian terkeliru dengan beberapa orang yang tercedera berdekatan kawasan tanah runtuh.

Sementara itu, Pengarah Bomba Saadon Mokhtar berkata 3 anjing pengesan daripada unit ke-9 dihantar ke kawasan itu untuk mencari mangsa.

Beliau berkata usaha menyelamat akan mengambil masa kerana runtuhan tanah yang meliputi kawasan seluas 160 meter kaki persegi sekurang-kurangnya berkedalaman 35 meter.

Dalam kejadian 8.50 pagi tadi, cerun bukil runtuh menimpa kawasan pembinaan berdekatan Kolej Tunku Abdul Rahman di Tanjung Bungah.

Warga tempatan yang menjadi mangsa kejadian itu adalah penyelia tapak dan juga lepasan kolej itu.

Kondominium mampu milik itu dibina oleh sebuah syarikat swasta dan dijangka siap Jun 2020, dengan 2 menara 49 tingkat yang terdiri daripada 980 unit.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Mayat ke-4 dikeluarkan dari tanah runtuh Tanjung Bungah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yFjti0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.