Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minum Berdiri Rosak Buah Pinggang? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minum Berdiri Rosak Buah Pinggang?

Image result for Minum Berdiri



Anatomi sistem perut tidak bersambung terus dengan sistem pundi kencing. Walaupun perut wujud dua sphincter iaitu Esophagial dan Pyloric sphincter, tetapi sphincter berkenaan bertujuan untuk mengawal kemasukan makanan dan minuman yang masuk perut agar tidak terus meluru ke usus. Makanan dan minuman kita akan dihadam terlebih dahulu di perut. Kemudian makanan dan minuman akan bergerak ke usus untuk penyerapan selanjutnya. Proses pertama ini sama sekali tidak melibatkan buah pinggang
Setelah di serap, zat makanan dan minuman akan masuk sistem darah. Kemudian, barulah kumuhan darah seperti urea akan dikeluarkan melalui buah pinggang.
Justeru, tidak benar mengaitkan wujudnya penapis (sphincter) tersebut dengan sakit buah pinggang seperti kegagalan fungsinya, batu karang atau kanser akibat minum secara berdiri. Air yang diminum akan tetap masuk ke sistem penghadaman seperti perut dan usus, kemudian di serap ke dalam sistem darah. Bukannya apabila manusia berdiri sphincter itu tertutup dan air akan disalurkan ke buah pinggang. Kenyataan sedemikian adalah salah, hatta jika mesej tular tersebut dihantar oleh seorang doktor. Doktor berkenaan sanggup menipu orang awam demi laba harta dunia yang dijanjikan melalui penjualan produk yang laku keras. Nasihat saya berhentilah melakukan kefasadan ilmu ini.
Terlebih sadis lagi apabila mesej tersebut berhujah atas nama Rasulullah. Memang ada hadis melarang minum berdiri. Hadis menegur minum berdiri itu bukannya larangan haram buat, tetapi ianya makruh dilakukan. Malah dari sudut akhlak pun tidak comel. Namun demikian, terdapat hadis yang menunjukkan Rasulullah s.a.w minum ketika berdiri. Sebagaimana satu hadis:
“Kata ‘Ali r.a: Orang ramai tidak suka jika seorang minum berdiri, sedangkan aku telah lihat rasulullah s.a.w lakukannya seperti kamu melihat aku lakukan” (Maksud Hadis dari al-Bukhari).
Dalam hadis sahih al-Bukhari dan sahih Muslim dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma, ia berkata, “Aku telah memberi minum kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari zamzam lalu beliau meminumnya sedang beliau dalam keadaan berdiri.”
Ertinya boleh minum berdiri tidak haram dan tidak mendatangkan mudarat kesihatan. Jika ada keperluan minum berdiri, boleh dilakukan. Jika tiada keperluan, hendaklah duduk. Ianya terlebih afdhal.
Dalam perubatan, meminum air kosong tidak terikat dengan waktu. Malah tidak pernah dibuktikan dikaitkan dengan khasiat tertentu seperti mencegah serangan stroke dan jantung, elak sakit buah pinggang, kencing manis, kanser dan seumpamanya. Cuma ia mungkin elok diamalkan berdasarkan individu tertentu, seperti penyakit gastritis (refluks easophagitis) dinasihatkan tidak menyulami minum air semasa makan dan melengahkan pengambilan air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan.
Yang penting jumlah air diminum seharian mencukupi. Paling minima 7-8 gelas air sehari. Jika musim panas, isipadu air kena tambah lagi sehingga 2-3 liter sehari.
Sumber : http://ift.tt/2yDeDCB


✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gCT8eg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.