Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Sebenarnya 4 lagi finalis dapat hadiah sama rata, setiap minggu kesemua peserta diberikan elaun” – Astro jawab isu kedekut bagi hadiah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Sebenarnya 4 lagi finalis dapat hadiah sama rata, setiap minggu kesemua peserta diberikan elaun” – Astro jawab isu kedekut bagi hadiah

PERTANDINGAN AF Megastar baharu sahaja melabuhkan tirai pada malam Ahad namun ramai mula menyatakan rasa tidak puas hati apabila hanya juara sahaja membawa pulang hadiah wang tunai manakala empat lagi finalis pulang dengan tangan kosong.

Sasaran rasa tidak puas hati itu ditujukan terus kepada penaja utama pertandingan itu, D’Herbs milik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila ramai pihak menuduhnya sebagai kedekut.

Berang dengan tuduhan itu, Aliff memuat naik status di Instagram dan menjelaskan walaupun dia menaja jutaan ringgit kepada program itu namun dia tidak mempunyai hak bagi menentukan hadiah kepada pemenang.

“Jangan salahkan saya… kalau anda rasa hebat sangat, anda sahaja yang taja!

“Saya menaja berjuta-juta (ringgit)… hak hadiah semua bukan hak saya… suka-suka korang je nak kutuk saya kedekut la, bagi hadiah kat sorang pemenang je lah.

Aliff dikecam netizen gara-gara hadiah pemenang AF Megastar.

“Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Tu rancangan Astro… ingat bila kita taja, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak?

“Saya ni bayar berjuta untuk taja jadi kalau anda semua tak tahu baik anda diam sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris dalam sidang medianya menjelaskan kesemua peserta yang bertanding pada malam itu mendapat hadiah masing-masing.

Bagaimanapun ia tidak disebutkan secara terbuka malah setiap minggu kesemua peserta diberikan elaun dan bukannya bertanding secara percuma.

“Kita anggap semua peserta artis profesional dan membayar mereka semua dengan jumlah sepatutnya setiap minggu.

 

“Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar.

“Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah,” jelasnya.

Pada pertandingan akhir itu, Idayu menerima hadiah wang tunai RM100,000 selain pakej percutian 10 hari tujuh malam untuk dua orang ke Turki selain hadiah sampingan lain berserta trofi.

Empat lagi finalis adalah Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.

Sumber: Mstar



Sumber “Sebenarnya 4 lagi finalis dapat hadiah sama rata, setiap minggu kesemua peserta diberikan elaun” – Astro jawab isu kedekut bagi hadiah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yMJyw7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.