Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak cukup dibelasah, warga Indonesia dibogelkan penduduk kampung lepas ditangkap kerana sedang larikan motosikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak cukup dibelasah, warga Indonesia dibogelkan penduduk kampung lepas ditangkap kerana sedang larikan motosikal

LUNDU: Tidak cukup dibelasah, seorang lelaki warga Indonesia turut dibogelkan penduduk kampung, sejurus ditangkap ketika melarikan sebuah motosikal di Kampung Stunggang dekat sini, pagi tadi.

 

Tak cukup dibelasah, warga Indonesia dibogelkan penduduk kampung lepas ditangkap kerana sedang larikan motosikal

Tak cukup dibelasah, warga Indonesia dibogelkan penduduk kampung lepas ditangkap kerana sedang larikan motosikal

 

 

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kehadiran suspek bersama seorang lagi rakan senegaranya yang dalam keadaan mencurigakan, disedari penduduk kampung yang kemudian memantau pergerakan mereka.

Difahamkan, sejurus dua lelaki itu melarikan sebuah motosikal, penduduk kampung mengejar sebelum dapat menahan seorang daripada mereka, seterusnya membelasah dan membogelkan suspek sebagai pengajaran.

Panik melihat kejadian itu, rakannya melarikan diri bersembunyi di kawasan berlumpur, tetapi berjaya ditahan polis yang tiba di lokasi kejadian sejurus dihubungi penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Kiong ketika mengesahkan kejadian, berkata tindakan pantas penduduk kampung berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Suspek yang cedera di muka, badan dan kaki akibat bergelut dengan penduduk kampung, dihantar ke Hospital Lundu untuk rawatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

“Seorang lagi suspek ditangkap ketika bersembunyi dalam kawasan berlumpur tidak jauh dari kampung berkenaan. Motosikal digunakan mereka turut disita,” katanya ketika dihubungi BH.

LELAKI warga Indonesia ditahan selepas cubaan mereka mencuri motosikal dihalang penduduk di Lundu pagi tadi. – Foto Rudi Affendi Khalik

Chee Kiong berkata, dua suspek berusia 26 dan 27 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri kenderaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sumber: Bharian



Sumber Tak cukup dibelasah, warga Indonesia dibogelkan penduduk kampung lepas ditangkap kerana sedang larikan motosikal

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hXvCFF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.