Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kaum wanita dihantui penjenayah misteri yang menyerang dan memotong rambut mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kaum wanita dihantui penjenayah misteri yang menyerang dan memotong rambut mereka

KAUM wanita di Kashmir kini dihantui oleh penjenayah misteri yang menyerang dan kemudian memotong rambut mereka.

 

Kaum wanita dihantui penjenayah misteri yang menyerang dan memotong rambut mereka

Kaum wanita dihantui penjenayah misteri yang menyerang dan memotong rambut mereka

 

 

Setakat ini 100 wanita telah menjadi mangsa. Disebabkan kejadian itu juga, seorang warga emas berusia 70 tahun telah dibunuh manakala seorang lagi lelaki yang tidak siuman hampir dibakar oleh penduduk.

Semuanya gara-gara penjenayah misteri ini. Menurut mangsa, penjenayah itu akan menyembur mereka dengan sejenis semburan hingga pengsan sebelum memotong rambut mangsa.

Meskipun pada awalnya polis percaya mangsa yang memotong sendiri rambut mereka namun kini pihak berkuasa menawarkan ganjaran 600,000 rupi kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai dalang tersebut.

Pada masa sama, polis juga meminta wanita yang menjadi mangsa supaya mengambil ujian mengesan pembohongan.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa, Tasleema berkata dia dalam perjalanan untuk menghantar sayur-sayuran di pasar apabila diserang.

“Saya hanya berpaling sekejab selepas menutup pintu dan ketika itu seseorang mencekik saya dari belakang. Saya nampak mukanya memakai topeng. Selepas itu saya tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.

Sementara suaminya, Mohammad Rauf Wani, mendengar jeritan isterinya dan kemudian mendapati wanita itu terbaring di atas lantai dengan enam inci rambutnya telah dipotong.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Kaum wanita dihantui penjenayah misteri yang menyerang dan memotong rambut mereka

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xgqbb5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.