Hi! Welcome Back and Stay Tune! Umno: 11 nyawa terkorban, DAP jangan lepas tangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Umno: 11 nyawa terkorban, DAP jangan lepas tangan

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab di atas kecelakaan melibatkan kehilangan 11 nyawa tersebut. — Foto oleh KE OoiZainal Abidin berkata kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab di atas kecelakaan melibatkan kehilangan 11 nyawa tersebut. — Foto oleh KE OoiGEORGE TOWN, 23 Okt — Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa menubuhkan segera satu badan bebas untuk mengaudit semua kelulusan projek-projek pembangunan di kaki, lereng dan cerun bukit yang dibuat oleh pihak berkuasa di seluruh negeri ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata ini susulan pihak berkuasa negeri memberikan kelulusan kepada projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini walaupun tidak mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dalam kejadian 8.57 pagi Sabtu lepas, 11 pekerja di tapak pembinaan rumah mampu milik itu maut apabila ditimbus tanah runtuh, ketika kejadian kesemua mereka sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina itu.

Difahamkan, kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah pembinaan struktur tingkat bawah tanah bangunan 50 tingkat projek milik syarikat swasta itu.

Zainal Abidin berkata kenyataan media oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam yang memaklumkan bahawa projek perumahan di Lembah Permai itu tidak mendapat sokongan JAS adalah sangat mengejutkan.

“Apakah pihak berkuasa negeri, sama ada OSC (pusat sehenti) atau Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) telah mengetepikan pandangan jabatan-jabatan teknikal semasa memberikan kelulusan itu pada 10 Februari 2015?

“Kami amat hairan bagaimana satu projek yang tidak disokong oleh sebuah jabatan teknikal masih diberi kelulusan oleh pihak berkuasa negeri.

“Seharusnya tiada kelulusan untuk sesuatu permohonan kebenaran merancang jika tidak mendapat sokongan semua jabatan teknikal yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

JAS dalam kenyataan semalam menyatakan bahawa permohonan pemaju untuk memulakan perancangan projek itu tidak disokong kerana tidak wujud zon penampan yang mencukupi antara projek apartmen dan aktiviti kuari berhampiran, menurut Garis Panduan Kedudukan dan Zon Industri dan Kawasan Kediaman.

Aktiviti pengkuarian itu jaraknya hanya 162 meter dari tapak penghancuran dan antara 400 ke 500 meter dari tapak letupan kuari.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab di atas kecelakaan melibatkan kehilangan 11 nyawa itu akibat keangkuhan mereka mengetepikan pandangan JAS.

Menyifatkan tragedi itu bukan satu kemalangan biasa di tempat kerja seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau berkata kejadian itu tidak mungkin berlaku jika projek pembinaan berkenaan tidak diluluskan.

“Kami minta kerajaan negeri Pulau Pinang hentikan amalan menyalahkan orang lain atas setiap kecelakaan yang berlaku di Pulau Pinang sejak mereka menjadi kerajaan negeri.

“Sudah lebih sembilan tahun DAP jadi kerajaan negeri.

“Belajarlah jadi kerajaan yang bertanggungjawab, jangan berterusan menjaja slogan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan yang kosong,” katanya. — Bernama



Sumber Umno: 11 nyawa terkorban, DAP jangan lepas tangan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z1sBz5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.