Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kedekut, tak payah taja la Dato' - Aliff Syukri kesal dengan dakwaan netizen dan ini penjelasannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kedekut, tak payah taja la Dato' - Aliff Syukri kesal dengan dakwaan netizen dan ini penjelasannya

Nur Farah Idayu Yaakob atau lebih dikenali sebagai Idayu, dinobatkan sebagai Juara AF Megastar malam Ahad lalu pada konsert terakhir yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam. 
Idayu juga turut memenangi wang tunai berjumlah RM100,000, selain hadiah percutian selama 10 hari ke Turki, e-Gift daripada Go Shop bernilai RM6,000 dan trofi. 
Terdahulu, penaja utama AF Megastar, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman melalui Instagramnya meminta pandangan followers siapakah yang patut menang. Bagaimanapun, Aliff kesal dengan beberapa komen followers yang dianggap melampau sehingga menguris hati dan perasaannya. 
Menurut Wani, adalah tidak adil bagi peserta lain yang sudah bertungkus lumus dalam AF Megastar tetapi tiada hadiah yang diberikan. Malah, Suehaina pula mendakwa penaja program realiti tv itu kedekut sehingga menyarankan Aliff tidak perlu lagi menaja program seumpama itu di masa akan datang. 
"Dato' taja berapa sen? Sembang macam juta-juta tetapi juara satu saja. Kereta tak ada, barangan mahal tak ada, dapat percutian pun tajaan lain. Lawaklah kau ni," tulis Azrullizam. 
"Menaja biar ikhlas. Jangan permainkan finalist tu. Kesian bawa tangan kosong, usaha tiap minggu berdoa supaya sampai ke final. At least bagilah saguhati. 
"Katanya abang terlajak laris, jadi hadiahkanlah barangan-barangan D'Herbs itu," kata Nurmxmxe. 
Gambar komen empat individu berkenaan dimuat naik ke Instagram pada malam tadi. 
Sejam yang lalu, Dato' Aliff tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan beberapa netizen yang mendakwa dirinya kedekut. 
"Kalau korang hebat sangat, korang je sponsor. Aku sponsor berjuta-juta okey. Hak hadiah semua bukan hak saya. Suka-suka korang je nak kutuk saya kedekutlah, bagi hadiah kat seorang pemenang sajalah. Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Itu rancangan Astro. Ingat bila kita sponsor, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak? Nak naik atas stage pun kena minta kebenaran.
"Saya ni bayar berjuta ya untuk sponsor, jadi kalau korang-korang tak tahu, baik korang diam saja. 
"Korang tahu tak nak cari duit ini, aku separuh mampus. Korang nampak aku seronok je tetapi aku mengagau cari duit nak bayar kat Astro, korang pikir tak? Korang ni memang dah terbiasa mengutuk. Jadi ada je benda yang dicari salah. Padahal tak ada kaitan pun dengan saya. 
"Saya ini pun tak berapa pandai tapi tak adalah sampai nak lebih-lebih menunjuk pandai macam korang ni. Ingat kita ini sponsor suka-suka ke? Tahu tak kita ni sponsor sebab nak dapat airtime iklan, nak promosi produk sebab rancangan itu ratingnya tinggi. Jadi banyak orang tengok. 
"Kalau saya tak sponsor pun, AF itu tetap juga berjalan ya. Awak-awak semua yang suka sangat mencari salah orang ni, buka mata dan buka sikit minda itu," katanya. 


Sumber 'Kedekut, tak payah taja la Dato' - Aliff Syukri kesal dengan dakwaan netizen dan ini penjelasannya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h2lOKV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.