Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas 12 Tahun Penantian Idayu Berbaloi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas 12 Tahun Penantian Idayu Berbaloi

SEPERTI dijangka, Idayu muncul juara program realiti AF Megastar sekali gus menyandang gelaran Megastar pada konsert akhir di Royal Theatre, Shah Alam, malam tadi.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang.

Pada konsert akhir itu, semua peserta diberi dua tugasan iaitu menyampaikan lagu penyanyi lain dan lagu baru masing-masing.

Idayu tampil dengan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baru, Selamanya ciptaan Amylea Azizan.

Idayu menganggap kemenangannya adalah sesuatu yang berbaloi sepanjang penantiannya.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong sepanjang 12 tahun saya berjuang dalam industri muzik,” katanya.

Selain itu, di konsert akhir berkenaan, finalis Syamel dipilih pemenang Anugerah The Ultimate Performer dan membawa pulang baucar kad hadiah elektronik (e-gift card) bernilai RM3,000.

Finalis, Marsha pula menerima Anugerah Terlajak Laris De’ Herbs dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.

Finalis lain yang turut membuat persembahan adalah Bob dan Shahir.

Konsert akhir AF Megastar diacarakan, Datuk Aznil Haji Nawawi manakala juri tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Datuk Awie selaku juri jemputan.

Sebelum itu, pentas konsert akhir dibuka dengan persembahan bertenaga SonaOne dan Joe Flizzow menerusi lagu Apa Khabar dan Havoc.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan Alif Satar menerusi lagu Sesungguhnya Aku.

AF Megastar menggunakan format permarkahan 60 peratus daripada juri dan 40 peratus menerusi undian SMS dan secara ‘online’ di laman web AF Megastar.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

The post Selepas 12 Tahun Penantian Idayu Berbaloi appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zvDqW4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.