Perang Apple Dan Samsung Berterusan – Akan Kembali Ke Mahkamah
Ingatkah lagi perang paten antara Samsung dengan Apple yang berkesudahan dengan Apple memenangi kes berkenaan dengan Samsung perlu membayar sekitar $1 bilion kepada Apple. Sejak keputusan dikeluarkan oleh mahkamah pada 2012 yang lepas, Samsung telah membuat rayuan beberapa kali, dan angka berkenaan telah dikurangkan sehingga mencapai sekitar $400 juta buat masa ini.
Kini, melalui permohonan pendengaran semula, Apple dan Samsung dilihat akan bertemu kembali di mahkamah. Keputusan berkenaan dilakukan oleh hakim Lucy Koh dalam menentukan berapakah Samsung perlu membayar Apple kerana melanggar hak cipta. Sebelum ini, Apple dan Samsung telah bertemu di mahkamah kerana pelanggan paten hakcipta milik Apple oleh Samsung.
Melalui pendengaran semula ini, ia akan memfokuskan kepada kaedah bagaimana kiraan bayaran oleh Samsung untuk Apple dilakukan – sama ada berdasarkan keseluruhan jualan peranti atau sebaliknya. Sekiranya sebaliknya, jumlah yang akan perlu dibayar oleh Samsung akan menjadi lebih sedikit dan menguntungkan mereka – sebaliknya untuk Apple, semestinya mereka inginkan bayaran berdasarkan kiraan keuntungan yang dijana berasaskan setiap peranti yang dijual oleh Samsung.
Apple dan Samsung perlu mencadangkan tarikh pendengaran semula sebelum 25 Oktober ini. Selain daripada itu, kedua-dua syarikat juga turut mempunyai kemungkinan untuk menyelesaikan perbalahan mereka ini diluar mahkamah dengan persetujuan kedua-dua pihak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gDLpN4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment