Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga Waktu Dilarang Mandi Menurut Ilmu Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga Waktu Dilarang Mandi Menurut Ilmu Kesihatan





Telah disebarkan satu tulisan yang melarang mandi pada tiga waktu tertentu yang kononnya menyebabkan seseorang akan mendapat penyakit tertentu.
Antara waktu yang dikatakan, dilarang mandi itu ialah selepas asar, selepas maghrib dan selepas Isyak.
Ia mungkin berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada sesetengah orang, tetapi secara umumnya larangan tersebut tidak tepat dari sudut kesihatan.
Berikut adalah ulasan menurut saya selaku seorang pengamal perubatan moden berkaitan dengan larangan mandi ini.
1. 30 Minit Setelah Solat Asar.
Darah badan kita sentiasa panas dengan julat suhu 36.5 hingga 37.5 celcius, sesuai dengan spesies manusia sejenis mamalia yang berdarah panas. Jika kita mandi sekalipun, darah kita tidak akan berubah sama ada sejuk atau terlalu panas.
Keseimbangan akan tetap terjamin. Mandi pada ketika ini dibolehkan dan tiada kesan kesihatan. Penat dan lelah secara lumrahnya boleh berlaku setelah kita berkerja sepanjang hari, tiada kaitan pun dengan mandi.
2. Setelah Maghrib
Jantung manusia bekerja sepanjang waktu, tidak mengenal penat dan lelah. Bagi orang yang normal degupannya berdetak antara 60 – 110 kali seminit. Tiada istilah jantung lemah kecuali orang yang diserang penyakit jantung lemah.
Tiada kajian pun mengaitkan mandi selepas Maghrib atau mandi malam menyebabkan paru-paru berair. Mitos mandi malam penyebab paru-paru berair ini selalu disebarkan dalam masyarakat kita.
Zaman dahulu, orang tua-tua melarang mandi malam kerana kesusahan untuk ke perigi yang berada di luar rumah. Elektrik pun tiada dan gelap malam yang menyusahkan untuk bergerak. Sekarang zaman sudah berubah.
3. Selepas Isya’
Jika jantung kita terhenti, pengsan lah kita atau tanda kematian. Tidak sesekali jantung kita akan istirahat atau berhenti melakukan tugasnya mengepam darah ke seluruh tubuh.
Mandi selepas isya’ tidak mendatangkan mudarat kepada badan ataupun jantung berair. Malah mandi di awal pagi bukannya teknik untuk cas semula jantung. Allah jadikan jantung kita sesuatu yang unik, tidak perlu dicas atau diletakkan bateri kecuali penyakit tertentu seperti rithma jantung tidak menentu (cardiac arrytmia) yang memerlukan pacemaker(pembedahan).
Semoga dengan penjelasan ini boleh menghilangkan kerungsingan anda untuk terus membersihkan badan, seterusnya melakukan ibadah dengan sempurna.
Sumber : buletinonline.net


✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yDe8IM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.