Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Saya boleh bermain di Marikh seperti Messi, Neymar' - Cassano - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Saya boleh bermain di Marikh seperti Messi, Neymar' - Cassano

BEKAS pemain antarabangsa Itali, Antonio Cassano, percaya dia mungkin seperti pemenang lima kali Ballon d'Or, Lionel Messi, dan menjadi pemain paling mahal di dunia seperti Neymar jika dia tidak 'merosakkan' dirinya.

Cassano menikmati tempohnya bersama Real Madrid, AC Milan, Inter dan Roma, memenangi LaLiga dan Serie A, sementara dia juga membuat 39 penampilan antarabangsa untuk Itali.

Bagaimanapun, pemain berusia 35 tahun itu -- yang dua kali menarik semula keputusannya menandatangani kontrak bersama Verona pada luar musim tetapi menegaskan dia tidak bersara -- berasakan dia tidak memenuhi potensi kerana pendekatannya terhadap bola sepak.

"Saya seorang lelaki yang bermasalah kerana saya tidak pernah tahu perasaan saya.

"Saya boleh bermain di planet lain tetapi saya mempunyai masalah di mana saya tidak sukakan latihan dan saya ingin makan apa yang saya mahu dan saya merosakkan diri.

"Saya bermain di kelab-kelab terbaik di dunia, seperti Real Madrid, Inter dan Milan. Jika ada yang membantu saya, saya boleh bermain di Marikh, menjadi seperti Lionel Messi, Neymar dan beberapa pemain yang lain," kata Cassano kepada Rai Sport.

Cassano menambah: "Saya dan Francesco Totti, kami pernah bermain di jalan, berlari di tempat letak kereta untuk mendapatkan bola. Hari ini, semuanya teratur dan dirancang, semua orang dengan iPad dan permainan video mereka. Bola sepak bukan hobi bagi sesetengah daripada mereka tetapi semangat dan kegembiraan.

"Saya melihat tempoh merudum di Itali, apabila hanya ada organisasi dan tiada bakat. Perlawanan Serie A membosankan saya, saya lebih suka melihat orang di taman."



Sumber 'Saya boleh bermain di Marikh seperti Messi, Neymar' - Cassano

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zJobdk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.