Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki menderita 14 jam, kemaluan tersekat pada muncung botol air mineral ketika dimasukkan isterinya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki menderita 14 jam, kemaluan tersekat pada muncung botol air mineral ketika dimasukkan isterinya

Seorang lelaki menderita hampir 14 jam, apabila kemaluannya tersekat pada muncung botol air mineral yang digunakan untuk membuang air kecil di rumahnya di sini, malam tadi.

Derita lelaki berusia 29 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) itu, bermula sejak jam 10.30 malam tadi, apabila isterinya memasukkan kemaluan mangsa pada muncung botol terbabit bagi membantu suaminya membuang air kecil.

Bagaimanapun, selesai membuang air kecil, lelaki terbabit berdepan masalah mengeluarkan kemaluannya yang tersekat pada muncung botol yang digunakan.

Selepas pelbagai usaha dilakukan pasangan terbabit di rumah mereka gagal, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk mendapatkan bantuan.

Bahagian hujung botol air mineral yang dipotong selepas kemaluan seorang lelaki tersekat padanya. – Foto ihsan bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan khas pasukan itu daripada pengurusan HT pada jam 11.27 pagi ini bagi membantu mengeluarkan kemaluan mangsa.

Beliau berkata, anggotanya berkejar ke hospital terbabit dengan membawa peralatan khas bagi membantu memotong muncung botol berkenaan.

“Difahamkan, lelaki itu hanya datang mendapatkan bantuan selepas segala usaha dibuat di rumahnya gagal.

“Operasi bantuan khas ini selesai kira-kira 12 tengah hari,” katanya.

Sumber: BH Online



Sumber Lelaki menderita 14 jam, kemaluan tersekat pada muncung botol air mineral ketika dimasukkan isterinya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zwwb0d

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.