Menteri nafikan PM di sebalik tangkapan ke atas Shafie
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan penangkapan ke atas Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Tak ada, tak ada kena mengena, SPRM ini sebuah badan bebas, dia boleh siasat siapa saja yang dia nak siasat, dulu dia tahan dan tuduh exco kerajaan negeri Johor (Datuk Abdul Latif Bandi). Kita tak kata dia tidak adil dan ada agenda pun.
“Tapi bila kena kepada pemimpin pembangkang, dia kata kita ada agenda,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perdana menteri mendalangi tangkapan ke Mohd Shafie pada 19 Oktober lalu.
Ismail Sabri juga menafikan bahawa operasi SPRM di Sabah itu bertujuan untuk melumpuhkan WARISAN menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Kita kena laku adil kepada SPRM sebab mereka badan bebas, mereka buat siasatan pun berdasarkan fakta, bukan suka-suka buat, jadi kita berlaku adil dan beri kepercayaan kepada SPRM.
“Saya yakin SPRM tidak ada agenda politik,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kuala Lumpur, hari ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xZS77O
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment