Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dynas Mokhtar kini mahu lebih fokus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dynas Mokhtar kini mahu lebih fokus

PELAKON Dynas Mokhtar akui ramai peminat menyangkakan dia sudah tidak aktif apabila jarang kelihatan di kaca TV mahupun layar lebar.

Justeru, apabila muncul dalam filem yang kini sedang hangat diperkatakan, Tombiruo ada yang menganggap Dynas membuat kemunculan kembali.

Bagaimanapun, menurut Dynas dia sebenarnya tidak pernah berehat cuma pada satu-satu ketika banyak tumpuan terhadap bidang perniagaan.

“Saya tak pernah berhenti, malah tak pernah pun ada rasa nak berhenti dari bidang seni kerana minat saya kepada dunia lakonan, pengacaraan dan sebagainya begitu mendalam meskipun saya aktif dalam bisnes.

“Ketika awal terlibat dalam bisnes dulu memang banyak perhatian yang harus saya berikan membuatkan saya terpaksa memperlahankan sedikit rentak dalam bidang seni kerana berdepan dengan kekangan masa.

“Kalau berlakon pun, saya hanya ambil watak kecil sahaja di mana tidak mengambil masa lama atau perlu berada di luar Kuala Lumpur dan mungkin kerana itu orang jarang nampak saya, malah fikir saya sudah tidak berlakon lagi,” jelasnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran dan Penjenamaan Semula Minyak Wangi De’Xandra.

Bagaimanapun kata Dynas, selepas peniagaannya kini semakin stabil, dia mempunyai lebih ruang untuk terima pelbagai tawaran berlakon.

“Saya kira tawaran filemTombiruo datang pada masa tepat dan dengan watak sesuai untuk saya beritahu pada orang yang saya masih dalam bidang lakonan.

“Dulu bila dah sibuk-sibuk dengan bisnes saya selalu cakap malas nak berlakon lagi sedangkan itu juga sebenarnya rezeki saya dan saya lupa tentang itu.

“Mungkin disebabkan itu, Tuhan duga saya di mana selepas itu saya hanya didatangi tawaran-tawaran yang kurang sesuai dengan saya dalam tempoh yang agak lama juga,” akuinya.

Selain terlibat aktiviti promosi filem Tombiruo di seluruh Malaysia, Dynas juga kini sedang sibuk di penggambaran drama 70 episod, Syurga Yang Kedua yang bakal disiarkan di Astro tidak lama lagi.

Malah pada masa sama dia juga kini sedang menunggu tayangan tiga lagi filem lakonannya iaitu Bella & Jamie, Bukan Cinta Malaikat dan Badang.

“Sekarang bisnes dah semakin OK dan tanggungjawab saya turut dikongsikan dengan ahli keluarga lain dan ia secara tidak langsung memberikan saya ruang untuk buat kerja seni macam dulu balik.

“Apatah lagi jadual kerja saya kini diurus kakak sendiri dan ia membantu saya menguruskan masa dengan baik antara bisnes, berlakon mahupun masa untuk bersama anak-anak,” katanya.

Bahagia dengan anak-anak

Baru-baru ini Dynas juga terlibat sebagai juri Hero Remaja 2017 dan pada masa sama juga mentor kepada peserta yang bertanding.

Sebagai selebriti, Dynas banyak berkongsi tip dan pengalaman yang pernah dilaluinya untuk beri pendedahan kepada bakat baru.

“Kita memang perlukan ramai pelapis untuk sama-sama menggerakkan industri seni kita ke arah dan ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang.

“Jadi, menerusi penglibatan ini saya sedikit sebanyak cuba bantu mereka dengan memberikan panduan dan berkongsi pengalaman yang saya pernah lalui untuk mereka belajar dan mempersiapkan diri sebelum masuk ke dalam industri.

“Sebenarnya, kita mempunyai ramai bakat baru yang berpotensi untuk diketengahkan, cuma kadang-kadang mereka tidak dibimbing dengan betul membuatkan ramai yang hilang arah tuju, jadi saya cuba mengambil peluang ini untuk membantu mereka,” ujarnya.

Lari daripada persoalan kerjaya, Dynas juga turut berkongsi tentang kehidupannya kini sebagai ibu kepada dua anak yang sedang membesar, Kyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5.

Meskipun perlu membesar dan menguruskan anak tanpa kehadiran suami di sisi, Dynas tidak pernah menjadikan ia sebagai penghalang sebaliknya sentiasa positif.

“Alhamdulillah kehidupan saya dan anak-anak baik dan kami gembira dengan apa yang kami ada sekarang.

“Saya tidak melihat status sebagai ibu tunggal ini sesuatu yang negatif atau menyusahkan saya kerana saya percaya kuasa dan kekuatan seorang wanita yang sebenarnya mampu berdepan segala kesukaran,” tegasnya.

Bercerita perkembangan anak-anak, kata Dynas, tanggungjawabnya sebagai ibu kini lebih mencabar apabila anak semakin membesar dan memerlukan perhatian penuh daripadaya.

“Kedua-duanya semakin bijak dan faham apa berlaku di sekeliling di mana mereka sudah mula persoalkan saya dengan pelbagai perkara.

“Malah Kyra yang kini sudah darjah satu kini sering bertanya kepada saya kenapa saya banyak berlakon watak jahat sedang saya tidak jahat, kenapa itu dan kenapa ini.

“Jadi saya perlu beri jawapan bijak dan bagi dia faham,” kata Dynas lagi.

The post Dynas Mokhtar kini mahu lebih fokus appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yIRNJ9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.