Pelantikan CEO baharu MAB perlu disambut baik - PM Najib
Beliau berkata pelantikan itu seharusnya menamatkan kritikan terhadap kerajaan, termasuk berhubung pelantikan dua warga asing (Christopher Mueller dan Peter Bellew) yang meletak jawatan sebelum tamat tempoh kontrak mereka sebagai GCEO syarikat penerbangan negara itu.
"Semasa Peter Bellew meletak jawatan, saya turut dikritik. Sekarang kita sudah lantik seorang rakyat Malaysia, mereka sepatutnya gembira, sejak mula lagi mereka memang mahukan seorang rakyat Malaysia."Masalahnya dengan mereka ini (pembangkang) ialah apa saja yang kami lakukan, mereka akan lihat daripada pandangan yang berbeza, sama ada betul atau tidak, itu tidak penting," kata Najib semasa sesi dialog mengenai TN50: Sidang Kemuncak Belia Cina 2017 di Wisma Huazong, Serdang dekat sini, yang turut dihadiri Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Izham, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan GCEO berkuat kuasa Jumaat.
Pengumuman itu dibuat susulan peletakan jawatan mengejut Bellew, yang akan kembali ke syarikat penerbangan Ireland, Ryanair, pada 1 Dis.
-- BERNAMA
Sumber Pelantikan CEO baharu MAB perlu disambut baik - PM Najib
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2l5P1Jm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment