Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Gelar Bugis Itu Lanun, Tun M Kata Mereka Bodoh Pula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Gelar Bugis Itu Lanun, Tun M Kata Mereka Bodoh Pula



Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas menyindir kumpulan Bugis yang berdemonstrasi di hadapan pejabatnya di Putrajaya pada 19 Oktober lalu sebagai orang bodoh.

Beliau ketika berucap dalam sesi ceramah sempena Konvensyen PAN di Alor Setar, Kedah malam tadi mendakwa golongan tersebut hanyalah menurut perintah didakwa dikeluarkan pihak tertentu yang marah terhadapnya kerana menghina orang bugis.

Malah, bekas perdana menteri itu juga mendakwa terdapat individu-individu penyangak daripada golongan Bugis.

“Bodohnya dia orang, pejabat saya tutupkan, Deepavali. Tapi apa boleh buat, dah sewa bas, pejabat kosong, mereka mendakwa saya hina orang bugis.

“Saya tak hina bugis, saya tak kata semuanya tak baik, ada yang baik, tapi yang penyangak pun ada,” katanya.

Terdahulu, antara pemimpin PH yang turut memberi ucapan ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Dalam himpunan itu juga, Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa anaknya sendiri iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengetuai pimpinan Pakatan Harapan di negeri Jelapang Padi.

Sementara itu, susulan sesi ceramah disiarkan secara langsung di Facebook, beberapa netizen di media sosial dilaporkan berang dengan tindakan pembangkang yang meminta supaya rakyat memberikan sumbangan kepada parti itu.

Saripah Zaleha antara yang yang memberi komen menyebut bahawa ‘mai Kedah memang tujuan nak minta duit kami pula kah?’

Komen itu sebagai respon daripada tindakan yang meminta rakyat yang hadir untuk memberi sumbangan dan dimasukkan ke dalam beg oren, didakwa tertera nama Mohamad Sabu berserta tandatangan.

“Kalau ada RM1,000, masukkanlah RM1,000, anggaplah ia adalah sebuah pengorbanan untuk parti,” jelas pengerusi majlis yang mengendalikan program itu.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gVrJkR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.