Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sultan Selangor titah penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah dihadkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sultan Selangor titah penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah dihadkan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah di seluruh negeri ini hendaklah dihadkan hanya di dalam bangunan masjid dan surau kecuali untuk laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Larangan ini bertujuan bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.

Raja-raja Melayu berpendirian bahawa imej Islam sebagai Agama Persekutuan adalah agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleransi, sederhana dan inklusif dan wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat.

Baginda mengeluarkan titah berkenaan melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais hari ini.

Titah berkenaan dibuat susulan tindakan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja),  Zamihan Mat Zain yang menyampaikan ceramah di sebuah masjid yang dikatakan berbaur perkauman dan menghina Sultan Johor.

Sumber: Sinar Harian

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ytngPN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.