Hi! Welcome Back and Stay Tune! Van Kilang Berpusing Dirempuh Myvi, 10 Penumpang Van Tercampak Keluar Atas Jalan, Korbankan 2 Nyawa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Van Kilang Berpusing Dirempuh Myvi, 10 Penumpang Van Tercampak Keluar Atas Jalan, Korbankan 2 Nyawa


Tragedi kemalangan yang berlaku pada 5.55 pagi di Jalan Sungai Petani-Tikam Batu, dekat Kampung Padang Buluh, Sungai Petani awal pagi ini telah menyebabkan dua maut manakala sebelas cedera dan dua parah, lapor Harian Metro.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas kereta Myvi yang bergerak dari Tikam Batu merempuh van kilang bergerak dari Sungai Petani.

Van yang dinaiki 10 orang termasuk pemandu dalam perjalanan ke kilang Sony di Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang hilang kawalan selepas rempuh menyebabkan ianya berpusing beberapa kali sebelum kesemua yang di dalam tercampak keluar di mana seorang terperosok di bawah kereta.

Mereka yang maut dalam tragedi kemalangan itu adalah pemandu kereta Myvi yang tersepit dan seorang wanita pekerja kilang yang maut di lokasi kejadian.



Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.01 pagi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati semua penumpang van berada di atas jalan manakala pemandu van dan kereta tersepit di tempat duduk.

"Tindakan segera diambil dengan mengeluar tiga mangsa yang tersepit. Semua mangsa kemudian dihantar ke HSAH.

"Pekerja yang terperosok bawah kereta dikeluarkan.

"Semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke HSAH menggunakan ambulans EMRS dan hospital," katanya.

Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iid72x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.