Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1,208 Lesen Teksi Individu Diserahkan Sepanjang 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1,208 Lesen Teksi Individu Diserahkan Sepanjang 2017



KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,208 lesen teksi individu diserahkan kepada pemandu yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata pemberian ini membuka jalan kepada pemandu teksi berkelayakan untuk keluar daripada belenggu sistem pajak yang sekian lama membebankan mereka.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Permit Teksi Individu dan Geran untuk kumpulan keempat, di sini hari ini.

Ia melibatkan penyerahan permit teksi individu dan geran RM5,000 masing-masing kepada 300 dan 125 pemandu teksi pada majlis yang turut dihadiri pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Isa Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah.

Katanya daripada jumlah penerima lesen individu pada tahun ini (1,208) seramai 564 pemandu teksi berkelayakan telah menerima geran RM5,000 sebagai subsidi kos membeli kenderaan baharu.

Sementara itu, pemandu teksi A. Jothi Mary, 43, berkata pemberian lesen tersebut akan membantu menambah pendapatannya memandangkan beliau tidak lagi perlu membayar kadar sewa harian melalui sistem pajak gadai.

“Selama ini saya agak tertekan kerana terpaksa membayar RM50 sehari. Ada waktu saya sakit selama beberapa hari dan tidak dapat membawa teksi tapi terpaksa juga bayar walaupun tiada pendapatan,” katanya

Lee Chuan Chin, 57, pula berasa lebih selesa dan terjamin kerana dapat mencari rezeki dengan kenderaan miliknya sendiri.

“Ini akan menjadi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih keras bagi menambah pendapatan kerana kini saya rasa lebih bebas mencari rezeki tanpa perlu rasa terikat dengan sistem sewa-pajak ,” katanya yang telah memandu teksi lebih empat tahun. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kVaEMM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.