Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zaid Harus Bertanggungjawab, Kata Azmin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zaid Harus Bertanggungjawab, Kata Azmin




Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali meminta Datuk Zaid Ibrahim menjelaskan kepada rakyat mengenai tweet beliau yang ditujukan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.



“Beliau mesti bertanggungjawab terhadap kenyataannya,” kata Menteri Besar Selangor itu ketika menghadiri sebuah majlis di Kota Damansara semalam.



Zaid, yang juga ahli DAP, beberapa hari lalu mencetuskan kontroversi apabila menulis tweet berbunyi: "Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”



Ia susulan kenyataan Sultan Sharafuddin yang menyatakan, agenda politik Tun Dr Mahathir Mohamad didorong “kebencian mendalam” dan “kemarahannya akan membakar seluruh negara”.



Reaksi Zaid terhadap kenyataan Sultan Sharafuddin mengundang kemarahan orang ramai, termasuk pemimpin Umno yang menyifatkannya sebagai biadap.



Kelmarin, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dilaporkan berkata, ahli DAP “bebas menyuarakan pandangan mereka, tetapi mesti sanggup berdepan akibatnya”.



Malam tadi, Zaid menulis di Twitter: “Nampaknya saya tiada kawan yang mahu berada di samping saya di waktu sukar ini.



“Saya akan cuba bertemu TPM (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi sebaik sahaja beliau sudi. Lagipun ini mengenai keselamatan saya dan keluarga," tulisnya.







-sh-

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nNjI7f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.