Hi! Welcome Back and Stay Tune! Debaran Joey BPR… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Debaran Joey BPR…

SELEPAS 22 tahun menduda, penyanyi kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Joey atau Johari Mat Rozekhi, 54, bakal kembali bergelar suami, petang ini.

Popular dengan lagu Dari Sinar Mata, Joey akan melangsungkan pernikahan dengan Zarinah Zainal, 51, di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur, jam 5.30 petang.

Kata Joey, dia bertemu Zarinah, ibu tunggal anak empat dalam satu persembahan konsert reunion BPR di kelab hiburan di Kuala Lumpur, 12 Ogos 2006.

“Daripada situ kami berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Saya melihat ada keserasian antara kami.

“Hubungan kami tambah rapat apabila berkongsi perniagaan kedai dobi, Reenkleen selama 10 tahun di Keramat,” katanya kepada Harian Metro.

Joey yang masih aktif menyanyi berharap perkahwinan kedua ini berkekalan hingga akhir hayat.

Pernah berkahwin dengan wanita Singapura, Anita Samat pada 1991, mereka bercerai 1995. Mereka dikurniakan anak kembar lelaki, Danial Iskandar dan Dinnie Dzulqarnaen, 26, dan menetap bersama bekas isterinya di Singapura.

The post Debaran Joey BPR… appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iQezWD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.