Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saya tidak tahu ia salah’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saya tidak tahu ia salah’

“SAYA tidak tahu merakam filem di pawagam itu salah, kalau tahu saya tidak akan lakukan,” kata pekerja pendawaian elektrik, Mohamad Shafiq Adam, 21, ketika membuat permohonan maaf secara terbuka kepada produksi filem Pinjamkan Hatiku pada sidang media, hari ini.

Shafiq mengaku merakamkan filem arahan Osman Ali itu secara langsung menerusi akaun Facebook miliknya di pawagam ketika tayangan tengah malam di Kuala Terengganu, 1 Disember lalu.

Katanya, itu kali pertama dia buat Facebook Live hanya untuk suka-suka.

“Saya tidak tahu pula perbuatan itu salah. Kalau tahu salah, saya tidak akan melakukannya,” katanya.

Kata Shafiq, dia merakamkannya dengan telefon bimbit yang disorok dalam baju sejuk.

“Saya duduk di bahagian tengah dan sepanjang rakaman, tidak disedari pekerja pawagam.

“Tidak lama selepas itu, saya menerima mesej peribadi dari pihak produksi di Facebook selain ada beberapa individu turut meminta memadamkan rakaman itu,” katanya.

Shafiq sanggup menerima hukuman setimpal dan berharap masyarakat mengambil iktibar supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

“Saya minta maaf kepada penerbit, pengarah dan semua pihak terbabit atas kesalahan,” katanya.

Hadir sama bersama Osman ialah Penerbit Eksekutif, Datuk Saiful Safwan dan Penerbit, Yus Yusop.

Osman berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 4 Disember lalu.

“Sebelum ini kejadian sama berlaku pada filem Kau Yang Satu dan difahamkan individu terbabit melakukannya kerana mahu melariskan produknya.

“Rakaman kali ini tidak ditonton ramai orang tetapi turut memberi impak kerana jalan ceritanya didedahkan kepada umum,” katanya.

Ditayangkan di pawagam sejak 30 November, Pinjamkan Hatiku terbitan bersama Aurawhite Global Sdn Bhd dan Nuansa Production, mencatat kutipan RM1.8 juta untuk tempoh tujuh hari.

The post ‘Saya tidak tahu ia salah’ appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jsPhC7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.