Hakim nasihat perompak tanam labu atau tembikai lepas keluar penjara
Seorang kelindan yang mengaku salah atas kesalahan merompak secara berkumpulan, dinasihati hakim supaya membina kehidupan sekalipun terpaksa “menanam labu”.
Mohamad Fuad Apandi, 27, diingatkan Mahkamah Sesyen di sini, supaya tidak mengulangi kesalahan atau berdepan hukuman lebih berat, lapor Harian Metro.
“Banyak benda boleh buat, kamu masih muda, lepas keluar penjara balik tanam labu atau tembikai boleh dapat duit. Hidup kita tak lama, ingat apa yang saya kata ini,” kata hakim Azman Abu Hassan.
Tertuduh, tidak diwakili peguam, dihukum penjara empat tahun bawah Seksyen 395, dibaca bersama Seksyen 397 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, mengaku sudah insaf.
Dia bersama seorang yang masih bebas, dituduh merompak seorang wanita, Teh Lee Lee, 44, dengan bersenjatakan pisau dan melarikan RM550 pada 3 Mac lalu, kira-kira 5.30 petang.
Kesalahan itu berlaku di tepi jalan Taman Kota Jaya, Kota Sarang Semut di sini sebelum tertuduh ditahan polis, keesokannya.
Sumber: Projek MMO
Sumber Hakim nasihat perompak tanam labu atau tembikai lepas keluar penjara
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iNC6HQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment