Budak ‘sakit’ buat Anne sakit hati
PELAKON Anne Abdullah, 45, berang dengan sikap remaja lelaki yang meninggalkan komen berbaur lucah pada gambar yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Anne berkata, komen menyentuh sensitiviti kaum wanita itu dianggap biadab dan keterlaluan.
“Ini pertama kali saya terima komen begitu. Memang terkejut dibuatnya apatah lagi ditulis remaja Melayu. Saya menyifatkan ia sangat kurang ajar.
“Sejujurnya, saya geli dengan apa yang ditulis. Mungkin budak ini ada masalah dan ‘sakit’. Pun begitu, saya mengambil pendekatan untuk tidak membalas komen itu,” katanya kepada Harian Metro.
Anne yang juga pelakon drama Lara Aishah berkata, tindakannya memuat naik komen remaja itu sebagai satu bentuk peringatan kepada semua pengikutnya di laman sosial.
Malah Anne mencabar remaja itu tampil dan bersemuka dengannya.
“Budak seperti ini perlu diajar supaya lebih beradab dan hormat orang. Saya perasan kebanyakan pengguna laman sosial terutama golongan remaja sekarang suka buat perkara di luar kotak fikiran.
“Saya mahu berdepan dengannya dan mahu dia buat permohonan maaf terbuka. Mungkin dia tak sedar tindakan itu memalukan saya,” katanya.
Dalam masa sama, Anne menafikan penampilannya seksi sehingga membuatkan remaja itu menulis komen begitu.
“Dia komen pada gambar lama yang dimuat naik Julai lalu. Apabila dia baru komen, gambar berkenaan dikemaskini semula. Semua pengikut saya boleh tengok komen itu.
“Saya tidak nampak apa yang seksi pada gambar ini sehingga membuatkan dia komen keterlaluan,” katanya.
The post Budak ‘sakit’ buat Anne sakit hati appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iNQlMO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment