Selepas Fazura, Anggun Impikan Kerjasama Bersama Yuna
Anggun teringin bekerjasama dengan Yuna. (Pic: Instagram @anggun_cipta / @yunamusic)
Selepas berduet dengan Nur Fazura menerusi lagu The Good Is Back, penyanyi Indonesia yang mencipta nama di Perancis, Anggun Cipta Sasmi atau Anggun mengakui hasrat serta impian untuk bekerjasama dengan Yuna akan cuba dijadikan kenyataan.
Malah selepas beberapa tahun berjumpa dan berhubung di alam maya, penyanyi lagu Snow On The Sahara itu cukup memuja kredibiliti Yuna. Yuna barangkali dilihat sebagai cerminan dirinya sendiri, wanita Asia yang bertahan dengan jati diri sekalipun mengembangkan sayap ke negara orang lain.
Bertemunya baru-baru ini di ibu kota, penyanyi yang muncul dengan album berjudul 8 simbolik kepada jumlah albumnya kini mengagumi santun pemilik lagu Dan Sebenarnya itu.
“ Saya mula mengenali Yuna melalui media sosial, lebih empat tahun lalu. Pada awal perkenalan, kami bersembang menggunakan mesej di laman sosial saja. Kami pantas jadi kawan. Dijadikan cerita saya berpeluang bertemunya buat pertama kali di Rome. Dia pula kita sering tahu sering mengembara ke sana ke mari.
“Malah ketika pernah mengikuti konsert persembahannya, saya sendiri ikut serta mengalunkan lirik lagu nyanyiannya. Boleh kata saya ini memang peminatnya,” kata diva berwajah eksotik itu yang ditemui pada pelancaran aplikasi muzik OneMusic itu di ibu kota baru-baru ini.
Tambah penyanyi yang sedang meledak menerusi single pertama What We Remember menerusi album 8 itu, Yuna melambangkan ciri wanita yang kental kerana berjaya menembusi pasaran antarabangsa tetapi tetap tebal dengan kelembutan atas nama seorang wanita.
“Pendek kata apa yang diserlahkannya cukup istimewa. Dia wanita Muslim yang pandai memetik gitar. Saya suka wanita yang ada jati diri. Bukan setakat suara dan muziknya, saya lihat personalitinya itu kebal.
"Sebagai wanita Asia, saya kagum dengan karisma dan penampilan Yuna yang saya sifatkan sebagai unik. Walaupun mengenakan hijab, penampilannya tetap kelihatan moden. Ia melambangkan keperibadian wanita yang berkuasa dan berpengaruh,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai buah tangan terbarunya, Anggun memaklumkan proses pembikinan album masanya mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan.
Bahkan saat ditanya apakah genre muzik yang cuba diketengahkan, Anggun selesa tidak memberi klasifikasi tertentu terhadap hala tuju nyanyiannya.
“Muzik saya secara keseluruhan masih kedengaran seperti pop. Ikutkan dulu sewaktu memulakan kerjaya nyanyian di Indonesia, saya lebih terarah kepada rock. Jadi saya boleh katakan album baru ini turut ada sentuhan rock. Sebab itu saya rasa muzik itu tidak ada penting nama atau jalur muziknya bagaimana.
“Apa yang penting, muzik itu perlu jadi jujur dan baik. Kalau lagu itu sedap didengari, pasti ramai yang akan suka. Tak kiralah apa jenis muzik sekalipun. Lirik atau kandungan lagu itu yang utama apakah ia mampu memberi inspirasi dan membuatkan orang terfikir sesuatu.
“Saya umpamakan muzik ini seperti badan wanita. Apabila badan wanita itu cantik, dia boleh pakai apa saja yang diingini,” katanya.
Tambahnya, dia tidak terlalu terkejar-kejar dalam menyiapkan album ini.
“Saya perlu teliti apatah lagi pembikinan album ini berjalan dengan perlahan. Bayangkan kalau saya tulis lagu pun ambil masa panjang. Secara keseluruhannya untuk album ini sebanyak 90 peratus lagunya ditulis saya. Seterusnya ia disaring kepada tiga pasukan pekerja.
“Ada lirik lagu yang saya tulis kira-kira lima tahun lalu. Yang ditulis dua tahun lalu pun ada,” katanya.
Menyentuh mengenai single What We Remember, Anggun menyifatkan lagu berkenaan memberikan terjemahan tersendiri terhadap apa yang dirasai serta dilaluinya dengan persekitaran.
“Single ini ada yang melihat liriknya mempunyai sisi gelap. Ada pula yang anggap ia serlahkan sisi positif. Bagi saya lagu ini lebih memberi peringatan untuk kita memberi perhatian dalam hidup. Sekalipun ada tempoh masa singkat dalam hidup, kita tak boleh sia-siakannya.
“Lagu ini turut menyuntik elemen positif dalam setiap memori yang kita lalui dengan diri sendiri dan orang lain. Pastinya dalam hidup ini kita mahu momen indah dan diri kita itu dikenang dalam hal yang baik,”katanya.
Bahkan untuk lagu ini juga sudah dihadirkan dengan video muzik lirik rasmi yang menyaksikan Anggun membuat kompilasi perjalanan gambar kehidupannya seperti mana yang dikongsi di laman sosial terutama di Instagram.
“Ada momen dalam hidup kita bergembira dan bersedih seperti mana saya kongsi di Instagram. Ia penuh rasa. Itulah namanya kehidupan. Boleh katakan juga lagu What We Remember ini berkaitan dengan pengalaman hidup saya sendiri. Malah secara keseluruhan juga lagu yang dimuatkan dalam album 8 menjadi terlalu peribadi untuk saya.
“Ia juga bukan fasal saya semata-mata, tetapi di sekeliling kita. Arwah bapa saya sendiri seorang penulis buku dan beliau sering menulis kerana itu antara satu cara berkomunikasi secara dalaman. Jelas juga apa yang kita tutur itu menjadi wakil gambaran diri sebenar. Kita kena berhati-hati dengan apa yang dituturkan.
Sumber Selepas Fazura, Anggun Impikan Kerjasama Bersama Yuna
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AIZsXb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment