Remaja 14 Tahun Rebus Bayi Baru Lahir Sebelum Diberi Makan Kepada Anjing.
Seorang remaja perempuan yang masih berusia 14 tahun tergamak merebus bayi yang baru dia lahirkan sebelum diberi makan kepada anjing peliharaan jirannya di Kota Sidempuan Medan.
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu diketahui oleh penduduk selepas anjing itu membawa mayat bayi yang sudah direbus ke hadapan rumah tuannya untuk di makan.
“Saya sangka anjing itu mencuri dan memakan ayam rebus, tapi selepas saya tengok lebih dekat rupanya ia bukan ayam,” kata Ardi.
Terkejut dengan apa yang dia lihat, Ardi kemudian mendapatkan mayat bayi berkenaan sebelum memaklumkannya kepada penduduk lain dan pihak polis.
Pihak polis yang menjalankan siasatan menetapkan remaja wanita berkenaan sebagai suspek utama dengan bukti-bukti kukuh seperti keadaan suspek yang mencurigakan.
Menurut ibubapa suspek, mereka tidak mengetahui anak gadis mereka itu hamil meskipun tinggal dalam satu rumah. Katanya anak mereka itu selalu mengurungkan diri dalam bilik selepas balik dari sekolah.
Sejurus itu, pagi tadi pihak polis juga menahan seorang remaja lelaki yang dipercayai ayah kepada bayi malang berkenaan.
Diketahui kedua-duanya mulai menjalin cinta sejak dua tahun lalu, dan kerap melakukan hubungan intim dalam perjalanan balik sekolah. Kejadian itu turut di akui oleh pelajar perempuan tersebut ketika disoal siasat.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B8Kz38
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment