Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Bayi Mengalami Muntah-muntah Teruk Selepas Minum Susu Tiruan' - Kpdnkk Rampas 210 Kotak Susu Rumusan Bayi Disyaki Tiruan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Bayi Mengalami Muntah-muntah Teruk Selepas Minum Susu Tiruan' - Kpdnkk Rampas 210 Kotak Susu Rumusan Bayi Disyaki Tiruan


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor telah merampas sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dalam lima serbuan yang dijalankan di sekitar Johor Bahru, Khamis lalu, lapor Bernama.

Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, serbuan di lima buah kedai ubat-ubatan dan serbaneka itu merupakan hasil risikan dan pemantauan pengadu, iaitu pengeluar susu sebenar semenjak bulan Ogos lalu. 

"Ia susulan aduan yang diterima berkaitan seorang bayi mengalami muntah-muntah teruk setelah mengggunakan susu ini yang kemudiannya didapati tiruan oleh pihak pengeluar produk ini," katanya. 


Menurutnya, sebanyak tiga premis berkenaan didapati menjual susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan nilai rampasan dianggarkan RM42,000. 

"Kotak susu yang disyaki tiruan bercampur dengan kotak susu asli di rak jualan. Susu tersebut turut dijual dengan harga sama dengan susu pek tulen iaitu sekitar RM200 setiap pek," katanya. 

Hasil siasatan mendapat, pemilik premis perniagaan yang berusia 50 tahun itu mendakwa dia tidak mengetahui susu rumusan bayi seberat 1.8 kilogram setiap kotak itu adalah tiruan. 

Selain itu, invois pembelian susu rumusan bayi berkenaan menggunakan nama dan alamat syarikat palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa. 

"Justeru, pihak kami akan mempergiatkan lagi operasi di daerah lain bagi mengesan produk susu rumusan bayi tiruan dalam usaha mengenal pasti sumber pengeluar dan produk tiruan ini," katanya. 

Selain itu, pihaknya juga akan menghantar susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan susu rumusan sebenar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti perbezaan kandungan antara kedua-duanya.
Semua barangan tersebut disita di bawah Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tujuan siasatan lanjut.

Bagi kesalahan membabitkan produk tiruan, denda sebanyak RM10,000 dikenakan bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan untuk kesalahan kali pertama.

Bagi kesalahan kali ke-2, denda RM20,000 bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Khairul Anwar turut menasihatkan pengguna berhati-hati dalam membuat pembelian barangan di pasaran dan menghubungi cawangan KPDNKK berdekatan untuk mengetahui perbezaan produk susu tiruan dan tulen bagi jenama itu.

Sumber: The Reporter


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2klRxYb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.