Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamal: Saya pengsan dalam lokap sebab polis tak beri tilam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamal: Saya pengsan dalam lokap sebab polis tak beri tilam

Pemimpin Umno itu berikrar terus mengadakan protes terhadap Zaid Ibrahim.
jamal-dangwwangi
Jamal Yunos diiringi peguam dan penyokong ketika dibebaskan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Yunos hari ini dibebaskan selepas ditahan 2 hari bagi menyiasat ancamannya terhadap bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim pada perhimpunan Umno baru-baru ini.
Sejurus pembebasannya, ketua Umno Sungai Besar itu mendakwa permintaannya untuk mendapatkan tilam ketika dalam lokap tidak dilayan pihak polis, menyebabkan kesakitan akibat urat belakang membengkak sehingga beliau pengsan.
“Pihak majistret telah membenarkan untuk saya diberi tilam, tapi sehingga saya dibebaskan, tilam tidak dapat dan peguam saya malam tadi berusaha untuk menghantar tilam kepada saya tetapi tidak dibenarkan dan saya tidur di atas simen,” kata Jamal kepada FMT.
“Pagi tadi urat belakang saya bengkak dan saya pitam sekejap dan pihak polis mahu bawa saya ke hospital tetapi memandangkan reman saya habis hari ini, saya terus ke hospital,” katanya yang memaklumkan berada di Hospital Ampang Putri untuk rawatan lanjut.
Jamal ditahan pada Sabtu kerana mengugut mencederakan Zaid kerana didakwa menghina sultan.
Rabu lalu, Jamal mengadakan protes membakar keratan gambar mirip Zaid.
Ia selepas Zaid menegur Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jamal hari ini berikrar akan terus mengadakan protes bermula esok bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Zaid.
“Kita tidak mahu pada masa akan datang ada lagi tindakan kurang ajar kepada Sultan. Saya tidak serik. Esok kami akan adakan lagi protes terhadap apa yang dilakukan Zaid, penahanan saya ini sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk terus beri tekanan supaya Zaid diadili dengan seadilnya.
“Zaid seorang yang keras kepala, kita tidak mahu beliau hanya minta maaf tapi kita mahu beliau diambil tindakan. Adakah Zaid ini ada kekebalan? Kita tidak faham tapi saya pula di ambil tindakan,” katanya -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AtFuTF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.