SIAPA URUS EKONOMI, NAJIB ATAU TUHAN? SOAL PEMUDA AMANAH
PEMUDA Amanah menggesa kerajaan agar tidak memanipulasi agama untuk menutup “kezaliman kerajaan” dalam masalah ekonomi yang menghimpit pengguna.
Timbalan ketua pergerakan itu, Faiz Fadzil berkata demikian dengan merujuk ucapan menteri hal ehwal pengguna, Hamzah Zainuddin yang memetik satu hadis dalam mempertahankan tindakan kerajaan dalam menangani isu kenaikan harga barang.
Maka kerajaan tidak harus memanipulasi agama kerana tekanan ekonomi yang ditanggung oleh pengguna berpunca daripada tindakan kerajaan, kata Faiz yang turut membangkitkan mengenai kesan pengkuatkuasaan cukai dan skandal korupsi.
“Kenaikan harga makanan pada kadar 26 peratus dengan kadar pengangguran meningkat 3.5 peratus adalah keadaan yang menunjukkan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit dengan kelemahan ekonomi di dalam negara.
“Harga runcit minyak yang dijual tinggi adalah ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Kekayaan negara dibolot kroni-kroni pemimpin negara tetapi rakyat pula dipaksa membayar hutang negara.
“Jadi, siapakah yang mengurus ekonomi negara, (Perdana Menteri) Najib atau Tuhan?,” soal Faiz dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, pengguna turut ditekan akibat kenaikan harga barangan akibat pengenalan cukai seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Selain itu, kenaikan harga barang itu juga berpunca dari amalan rasuah melibatkan dana awam, yang mana kerajaan bertanggungjawab, katanya.
“Skandal korupsi institusi dana awam terutama 1MDB telah menyebabkan kehilangan kepercayaan pelabur asing yang telah mendorong kejatuhan nilai ringgit mengakibatkan harga barang menjadi mahal kerana kebanyakan harga barang diimpot.
“Bukankah ini kezaliman kepada rakyat akibat kepincangan tadbir urus kerajaan Barisan Nasional?” soalnya lagi.
Beliau mengulas ucapan Hamzah di pentas Umno yang memetik sepotong hadis untuk menunjukkan bahawa pemimpin parti itu mengikut tuntutan Nabi agar tidak mencampuri hak pasaran bebas berhubung ketetapan harga barang.
Hamzah yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno memetik hadis Riwayat Abu Dawud berhubung rayuan oleh pengikut baginda ketika itu agar Nabi menetapkan harga barangan di Madinah.
“Jawab Baginda, ‘Allah, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, Dialah Allah yang memberi rezeki.
Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan hal ehwal pengguna itu menjelaskan, Perdana Menteri Najib Razak juga menggunakan konsep keadilan Islam dengan memberikan subsidi terhadap barangan keperluan asas.
Katanya, langkah itu dijalankan agar kenaikan harga barang itu tidak membebankan rakyat walaupun kerajaan memperuntukkan RM2 bilion setahun untuk merealisasikan rancangan itu.
Penjelasan Hamzah itu menimbulkan kejutan di kalangan pengguna media sosial, yang antara lainnya berpendapat, ia menunjukkan pemimpin Malaysia sedang menyalahkan Tuhan untuk menutup kelemahan sendiri.
– http://ift.tt/2pAR1dR
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ye8dFS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment