Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syura Alami Sakit Misteri, Turun 12 Kg - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syura Alami Sakit Misteri, Turun 12 Kg

PENYANYI Syura mendedahkan dia mengalami penyakit misteri ketika berada di Indonesia untuk merakam lagu terbaru beberapa bulan yang lalu.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 32, berkata dia muntah berterusan, sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara.

“Beberapa bulan yang lalu saya ada pergi ke Indonesia untuk merakam lagu terbaru.

“Ketika perjalanan nak ke sana, badan saya dah rasa tak berapa sihat. Saya muntah-muntah sebanyak tiga kali di atas kapal terbang.

“Sampai hotel pun saya muntah lagi. Rasa kebas sebelah badan. Kerap sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara setiap pagi,” kata Syura kepada mStar Online.

Syura ditemui selepas tersingkir pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim keempat yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Menurut Syura lagi, pada awalnya dia menganggap sakit yang dialaminya hanya sekadar penyakit biasa.

Namun selepas memasuki program GV4 pada September lalu  berat badannya menurun kira-kira 12 kilogram tanpa sebab.

“Pada mulanya saya rasa biasa sahaja bila diserang penyakit itu. Tapi semakin pelik bila saya masuk GV4, berat badan saya menurun.

“12 kilo hilang tanpa sebab. Nak kata saya tak makan, saya makan saja macam biasa,” ujarnya.

 

Sementara itu, Syura turut berkata, dia juga merancang untuk berubat secara tradisional dalam masa terdekat.

“Saya ada terserempak dengan Datuk Fadzilah Kamsah beberapa minggu yang lalu. Dari jauh dia panggil untuk bertanya mengenai keadaan saya.

“Secara tiba-tiba dia boleh tahu yang saya sakit. Malah, dia tidak berhenti kata seram melihat saya seperti ada sesuatu.

“Sejak dari itu, saya terfikir kemungkinan memang ada benda yang menganggu. Saya memang ada rancangan nak berubat, Insya-Allah dalam masa terdekat,” kata Syura.

Sumber: Mstar



Sumber Syura Alami Sakit Misteri, Turun 12 Kg

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kXr5YE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.