Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1,390 orang pekerja syarikat pembuatan kertas dapat ‘surat pemberhentian sementara’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1,390 orang pekerja syarikat pembuatan kertas dapat ‘surat pemberhentian sementara’

Pemberhentian sementara itu berkuatkuasa 1 Januari depan sehingga Jun 2018, kata Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Sabah.
syarikat-pembuatan-kertasKUALA LUMPUR: Seramai 1,390 orang daripada kira-kira 2,000 pekerja sebuah syarikat pembuatan kertas di Sipitang, Sabah diberikan surat pemberhentian sementara pada 11 Disember lalu.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah Engrit Liaw mendedahkan surat pemberhentian sementara itu berkuatkuasa 1 Januari depan sehingga Jun 2018 dan mereka hanya akan diberikan separuh daripada gaji selama 6 bulan oleh syarikat terbabit.
“Sudah tentu kami tidak senang hati…6 bulan setengah gaji dan macam mana nak hidup?,” katanya kepada FMT.
“Kita cuba untuk membantah tapi masalahnya dia bagi satu ugutan bahawa kalau tidak tandatangan tidak akan dapat gaji walaupun 50%,” tambahnya.
Engrit turut bekerja di syarikat berkenaan dan telah 26 tahun berkhidmat di situ.
Menurutnya, kebanyakan pekerja di syarikat berkenaan mengeluh dan memikirkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan selama 6 bulan dengan hanya menerima separuh daripada gaji setiap bulan.
“Ada yang belum tandatangan dokumen persetujuan sebab masih bingung. Masih ada yang belum kembalikan surat itu sebab tak tahu patut atau tidak patut ditandatangan,” katanya.
Menurut Engrit, apa yang dimaklumkan padanya, syarikat berkenaan tidak mampu memberikan apa-apa pekerjaan kepada 1,390 orang pekerja berkenaan.
“Tidak ada kerja untuk diberikan kepada pekerja, maka dia bagi surat pembehentian sementara,” katanya
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon berkata, menerusi laporan yang diterimanya, pekerja syarikat yang menerima surat berkenaan diberikan kebebasan untuk bekerja di mana-mana dalam tempoh 6 bulan itu.
“Tapi selepas itu bila dia panggil balik, mereka kena datang balik kalau tidak dia akan ambil tindakan,” katanya.
Solomon mempersoalkan bagaimana 1,390 orang pekerja terbabit boleh memperoleh pekerjaan lain. Sehubungan itu, MTUC menggesa campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar satu penyelesaian terhadap isu berkenaan dapat dicapai secepat mungkin.
“Perdana menteri harus ambil sebarang tindakan supaya 1390 pekerja ini tidak terjejas. Kalau perkara ini dibawa ke Pertubuhan Buruh Antarabangsa ia akan burukkan nama Malaysia,” katanya. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AXs2Yb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.