Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Terima Anugerah Tertinggi Bahrain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Terima Anugerah Tertinggi Bahrain

- foto BERNAMA

MANAMA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikurniakan anugerah tertinggi Bahrain.

Najib menerima anugerah "King Hamad Order for Development " yang disampaikan oleh Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Shaikh Hamad di sini Jumaat.

Perdana Menteri diberi penghormatan sebagai pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain yang diwujudkan dua tahun lalu.

Najib memulakan lawatan rasmi tiga hari dengan menghadap Raja Bahrain di istana sebelum itu.

Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis menghadap.

Raja Hamad juga mengurniakan anugerah "Medal of First Degree " kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis pengurniaan anugerah.

Baginda kemudian menghoskan majlis santapan negara bagi meraikan perdana menteri, isterinya dan delegasi Malaysia di istana.

Raja Hamad yang menaiki takhta pada 6 Mei, 1999 melakukan lawatan negara sulung ke Malaysia lewat April tahun ini.

Kuala Lumpur dan Manama menjalin hubungan diplomatik sejak 1974.- BERNAMA

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BlPds8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.