Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua perompak pasangan warga emas di Jalan Mendu tumpas dalam tempoh kurang 24 jam — KPD Kuching - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua perompak pasangan warga emas di Jalan Mendu tumpas dalam tempoh kurang 24 jam — KPD Kuching

KUCHING: Sekali lagi kurang daripada 24 jam, Polis Kuching berjaya menyelesaikan kes rompakan, kali ini membabitkan pasangan suami isteri warga emas yang dirompak dan dicederakan di Jalan Mendu di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, tangkapan pertama dilakukan pada jam 11.40 pagi semalam, susulan maklumat risikan yang diperoleh.

“Sepasukan anggota siasatan jenayah IPD Kuching yang diketuai Asisten Superintendan Austin Patrick Angkon telah telah membuat tangkapan terhadap suspek di Batu Kawa, dekat sini.

“Suspek, merupakan lelaki Melayu yang berumur 44 tahun dan berasal dari Bau.

Tangkapan kedua kata Abang Ahmad menyusul sekitar jam 5.30 petang, kali ini di tepi jalan, juga di Batu Kawa.

“Suspek kedua ini juga lelaki Melayu, berusia 42 tahun dari Bandar Baru Semariang, Jalan Sultan Tengah, dekat sini.

Bersama-sama tangkapan ini katanya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, seunit telefon bimbit jenis Samsung dan wang tunai sebanyak RM2,396.

Kes katanya, disiasat di bawah
Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Pada Khamis, pasangan warga emas tersebut menjadi mangsa rompakan di rumah mereka di Jalan Manggis off Jalan Mendu di sini, dengan suspek turut mencederakan mereka sebelum melarikan kenderaan jenis Honda CR-V.

Mangsa yang berusia 72 tahun dan isterinya yang berusia 66 tahun yang tinggal berdua kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.

Kereta milik mangsa yang dilarikan suspek bagaimanapun telah ditemui tersadai di tepi Jalan Serian/Bau dipercayai terbabas. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Crzebh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.