Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chong Wei Ke Separuh Akhir Siri Super Akhir Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chong Wei Ke Separuh Akhir Siri Super Akhir Dunia


KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tempat ke separuh akhir Siri Super Akhir Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu selepas mendahului Kumpulan A.

Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan berlangsung di Kompleks Sukan Hamdan hari ini, Chong Wei bagaimanapun tewas kepada pemain Korea Selatan, Son Wan Ho 21-13, 20-22, 15-21 dalam perlawanan berlanjutan selama satu jam 15 minit.

Namun, berdasarkan perbezaan kiraan mata lebih berpihak kepada pemain di ranking kedua dunia itu, selepas pemain Korea Selatan tersebut tewas kepada Angus Ng Ka Long dari Hong Kong 21-15, 13-21, 21-16.

Pemain berusia 35 tahun itu berjaya menebus kekecewaan tahun lepas apabila gagal melepasi pusingan awal, sekali gus menepati sasaran mara ke separuh akhir untuk edisi kali ini.

Untuk rekod, Chong Wei sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008, 2009, 2010 dan 2013.

Selaku juara Kumpulan A, Chong Wei akan berdepan naib juara Kumpulan B yang menyaksikan perebutan tempat sebagai ​​juara dan naib juara antara pemain China Shi Yuqi dan Viktor Axelsen dari Denmark.

Yuqi, bagaimanapun dilihat mempunyai kelebihan selepas merekodkan dua kemenangan dan dijangka menang perlawanan ketiga menentang pemain India, K. Srikanth.

Perlawanan separuh akhir dijadual berlangsung hari ini.

Sementara itu, wakil negara dalam acara beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menutup tirai saingan peringkat Kumpulan B tanpa sebarang kemenangan apabila tewas buat kali ketiga berturut-turut.

Pada perlawanan terakhir, gandingan negara itu tewas di tangan pasangan England, Chris Adcock-Gabrielle Adcock 13-21, 16-21.

Dalam dua aksi terdahulu, Kian Meng-Pei Jing tewas kepada beregu China, Wang Yilyu-Huang Dongping dan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir, sekali gus menyaksikan mereka menamatkan saingan Kumpulan B di tangga tercorot. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cqwlb5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.