Apple Mempatenkan Siri Yang Mampu Mengesan Dan Menjawab Soalan Secara Berbisik
Pembantu maya boleh ditemui pada kesemua telefon pintar di pasaran sekarang. Ia memudahkan proses mencari maklumat tanpa pengguna perlu menaip soalan yang ingin ditanya. Tetapi mungkin timbul situasi pengguna tidak mahu pembantu maya bertanya soalan dan menerima jawapan yang boleh didengari orang lain. Apple mempunyai jawapan kepada situasi ini.
Sebuah paten telah difailkan tahun lalu yang membolehkan Siri mengesan bisikan pengguna. Apabila ini berlaku, jawapan yang diberikan juga akan dibisikkan kepada pengguna. Dengan ini soalan mungkin ditanya tanpa mengganggu teman sepejabat misalnya. Seperti biasa Apple banyak mempatenkan idea tetapi tidak semestinya akan digunakan di dunia sebenar.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CjJjrI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment